Isu imbuhan /di-i/ Bahasa Melayu : apitan atau gabungan
Makalah ini membuat analisis tentang /di – i/ untuk menentukan sama ada ia adalah apitan atau gabungan. Sumber analisis adalah leksikal yang diperoleh daripada korpus UKM-DBP. Kajian ini mendapati selain daripada digolongkan sebagai satu awalan dan akhiran yang utuh, morfem terikat /di-/ dan /-i/...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2010
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3021/1/01ADNAN_JUSOH.pdf http://journalarticle.ukm.my/3021/ http://www.ukm.my/e-melayu |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Makalah ini membuat analisis tentang /di – i/ untuk menentukan sama ada ia
adalah apitan atau gabungan. Sumber analisis adalah leksikal yang diperoleh
daripada korpus UKM-DBP. Kajian ini mendapati selain daripada digolongkan
sebagai satu awalan dan akhiran yang utuh, morfem terikat /di-/ dan /-i/ juga
dikelaskan sebagai apitan kata kerja /di-i/ dalam bahasa Melayu. Imbuhan ini
digolongkan sebagai apitan kerana proses morfologinya berlaku secara serentak.
Penerbitan kata yang hanya melibatkan morfem /di-/ tanpa disertai oleh morfem
/-i/ akan menghasilkan bentuk yang tidak gramatis. Hujah ini disokong dengan
bukti leksikal yang menunjukkan kata terbitan seperti diakui dan dimulai wujud
dalam leksikon Melayu, tetapi kata terbitan *diaku dan *dimula dianggap janggal
dan tidak gramatis. Berbeza daripada pandangan lepas, kertas ini mencadangkan
morfem terikat /di-i/ digolongkan sebagai imbuhan gabungan, iaitu imbuhan
yang terdiri daripada penggabungan antara akhiran /-i/ dengan awalan /di-/.
Dari segi morfologinya, proses pengimbuhan ini berlaku secara berperingkatperingkat,
iaitu dimulai dengan pengimbuhan akhiran /-i/ dan kemudian diikuti
dengan pengimbuhan awalan /di-/. Andaian ini disokong dengan bukti leksikal yang diperoleh daripada korpus UKM-DBP, dan juga bukti fonologi yang
memperlihatkan perilaku rumus yang beroperasi di sempadan morfem awalan
dan juga akhiran. Interaksi antara rumus fonologi dan morfologi yang berlaku
dalam proses pengimbuhan ini akan dianalisis dengan menggunakan kerangka
teori fonologi dan morfologi leksikal |
---|