Persepsi kualiti hidup komuniti Bidayuh: kajian perbandingan antara peserta dan bukan peserta program (Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat) di Daerah Serian, Sarawak

Fokus utama kajian ini ialah mengenai hubungan antara persepsi kualiti hidup yang dikonseptualisasikan oleh agen-agen pentadbir atau pihak kerajaan (struktur peringkat makro) dengan persepsi kualiti hidup yang dikonstruk daripada pandangan dunia komuniti Bidayuh itu sendiri (struktur peringkat mik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Novel Lyndon, Mohammad Reevany Bustami, Salfarina Abd Gapor
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3205/1/8.geografia-2011-4-sp-novel_lyndon-ukm-1-am-1.doc.pdf
http://journalarticle.ukm.my/3205/
http://pkukm.web/geografia/v1/index.php.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Fokus utama kajian ini ialah mengenai hubungan antara persepsi kualiti hidup yang dikonseptualisasikan oleh agen-agen pentadbir atau pihak kerajaan (struktur peringkat makro) dengan persepsi kualiti hidup yang dikonstruk daripada pandangan dunia komuniti Bidayuh itu sendiri (struktur peringkat mikro). Perkara ini merupakan jurang teoritikal yang ingin diterokai oleh penyelidik dalam kajian ini. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menggunakan pendekatan tafsiran, menggunakan logik abduktif berasaskan ontologi idealis dan epistemologi konstruksionis. Kajian ini telah dijalankan di Daerah Serian, Sarawak yang terletak kirakira 64 kilometer ke selatan Bandaraya Kuching dan merupakan salah satu daripada empat daerah yang berada di bawah pentadbiran Bahagian Samarahan. Saiz tentang sampel kajian ini telah dicapai melalui sokongan yang berterusan terhadap ukuran atau kriteria tentang ketepuan teoritikal. Data dalam kajian ini telah dikutip dengan menggunakan teknik temubual mendalam dan perbincangan kumpulan secara informal. Hasil kajian ini mendapati wujudnya perbezaan kedudukan kategori kualiti hidup pandangan dunia antara responden yang tinggal di kawasan yang berhampiran bandar dengan yang tinggal di kawasan luar bandar. Kedudukan kategori kualiti hidup responden yang tinggal di kawasan yang berhampiran bandar bermula dengan kategori keupayaan sebagai pilihan utama dan kemudiannya disusuli dengan kategori-kategori lain seperti penyertaan, keperkasaan, keselamatan dan kemantapan, fizikal dan kesejahteraan psikologi, hubungan keluarga dan yang terakhir ialah komuniti sumber dan persekitaran. Sementara itu, bagi responden yang tinggal di kawasan luar bandar pula, kategori keselamatan dan kemantapan berada dalam kedudukan yang teratas diikuti dengan kategori-kategori lain seperti komuniti,sumber dan persekitaran, fizikal dan kesejahteraan psikologi, hubungan keluarga, penyertaan, keupayaan dan akhir sekali keperkasaan. Walaupun, kedudukan kategori kualiti hidup pandangan dunia antara responden yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar berbeza, namun dari segi interperetasi responden terhadap setiap tema-tema yang terdapat dalam kategori-kategori tersebut adalah hampir sama.