Penggunaan facebook oleh Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar (Engo) dalam menyampaikan mesej alam sekitar

Perkembangan Facebook telah mewujudkan fenomena yang tersendiri di seluruh pelosok dunia. Kini, penggunaan Facebook bukan lagi hanya untuk berinteraksi secara peribadi, malah berkembang sebagai medium perantara dalam menyampaikan maklumat, menjalankan perniagaan, pendidikan mahupun perkongsian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jauhariatul Akmal, Jamilah Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3256/1/V27_2_9.pdf
http://journalarticle.ukm.my/3256/
http://www.ukm.my/jkom
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Perkembangan Facebook telah mewujudkan fenomena yang tersendiri di seluruh pelosok dunia. Kini, penggunaan Facebook bukan lagi hanya untuk berinteraksi secara peribadi, malah berkembang sebagai medium perantara dalam menyampaikan maklumat, menjalankan perniagaan, pendidikan mahupun perkongsian gambar dan video. Dengan mengambil kira perkembangan Facebook di negara ini, kajian ini cuba menghurai penggunaan Facebook oleh 10 Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar (ENGO) di Malaysia khususnya dalam menyampaikan mesej alam sekitar kepada publik. Kajian ini juga dijalankan untuk mengetahui pendekatan yang digunakan oleh ENGO dalam mengumpul dan menyebarkan maklumat khusus organisasi, mengenal pasti keberkesanan komunikasi dua hala dengan khalayak sasaran melalui penggunaan Facebook dan mengetahui tahap penggunaan Facebook dalam membantu ENGO dalam menyampaikan mesej alam sekitar. Data dikumpul menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan wawancara mendalam (indepth interview) dan dianalisa menggunakan Teori Komunikasi Dialogik (Dialogic Communication Theory). Hasil kajian mendapati media sosial seperti Facebook dapat membantu ENGO di Malaysia menyebarkan mesej alam sekitar kepada masyarakat kerana ia lebih mudah diakses dan paling tinggi penggunaannya.