Asimilasi bermacam jenis kata Melayu pemilikan etnik dusun di Sabah(Assimilation of various Malay words owned by dusun ethnic In Sabah).

Asimilasi bermacam jenis kata Melayu pemilikan etnik Dusun di Sabah membolehkan bahasa sukuan ini terus hidup dan digunakan sebagai bahasa pertuturan di rumah oleh generasi tua dan muda. Pemilikan leksikal bahasa Melayu yang pada mulanya asing bagi bahasa Dusun, selepas beberapa lama, akhirnya terse...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noor Aina Dani, Saadah Binti Hj Jaffar, Zuraini bte Seruji, Reduan bin Abang Amir
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3476/1/bil%25208%2520-%2520topik%25204.pdf
http://journalarticle.ukm.my/3476/
http://www.ukm.my/e-melayu
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Asimilasi bermacam jenis kata Melayu pemilikan etnik Dusun di Sabah membolehkan bahasa sukuan ini terus hidup dan digunakan sebagai bahasa pertuturan di rumah oleh generasi tua dan muda. Pemilikan leksikal bahasa Melayu yang pada mulanya asing bagi bahasa Dusun, selepas beberapa lama, akhirnya terserap ke dalam kosa kata bahasa Dusun sehinggakan kata Melayu tersebut hilang bunyi aslinya. Hal ini menampakkan kecenderungan penutur etnik Dusun memilih dan memasukkan ke dalam bahasa Dusun pilihan leksikal bahasa Melayu yang relevan dengan bahasa Dusun. Kata-kata Melayu yang sedemikian rupa hidup subur dalam bahasa Dusun dan digunakan dalam pertuturan harian. Selain itu, terdapat kata-kata Melayu yang mengalami perubahan bunyi fonem kerana proses penggantian, pengguguran dan penambahan. Ciri akustik bahasa Melayu dan bahasa Dusun juga terdapat dalam sebutan. Fosilisasi, iaitu nafian, pemudahan dan generalisasi melampau sama melengkapi kata Melayu pemilikan etnik Dusun di Sabah.