Penilaian semula historiografi Malaysia melalui sejarah lisan
Sejarah lisan bermaksud suatu proses menghasilkan sumber –sumber sejarah melalui teknik temubual/wawancara atau soal jawab yang dibuat menggunakan pita rakaman mahupun proses transkipsi. Pengumpulan, penyalinan semula, penyusunan, penerbitan dan penyimpanan rakaman keterangan-keterangan yang dibua...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3612/1/8.geografia-peb%25202012-themed%2520issue-rahila%26fatihah-ukm-22.2.pdf http://journalarticle.ukm.my/3612/ http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Sejarah lisan bermaksud suatu proses menghasilkan sumber –sumber sejarah melalui teknik temubual/wawancara
atau soal jawab yang dibuat menggunakan pita rakaman mahupun proses transkipsi. Pengumpulan, penyalinan
semula, penyusunan, penerbitan dan penyimpanan rakaman keterangan-keterangan yang dibuat oleh individu yang
mempunyai kaitan dengan sesuatu peristiwa yang menarik perhatian penyelidik, dilakukan berpandukan sistem
tertentu adalah sebahagian daripada sejarah lisan. Di Malaysia, kaedah inquiry ini masih merupakan satu kaedah
yang masih baru malahan penggunaan kaedah ini sebagai satu kegiatan yang praktikal dalam pengkajian sejarah
negara masih belum diterima keseluruhannya. Keraguan terhadap kebenaran yang diperoleh melalui kaedah sejarah
lisan menyukarkan bidang ini untuk berkembang dengan pesat di negara ini. Namun demikian, dengan berpandukan
kepada kaedah dan teknik yang sistematik dan benar, sejarah lisan nyata mempunyai kekuatannya yang tersendiri.
Pemantapan sejarah lisan dalam menulis kembali historiografi Malaysia akan memberikan satu nilai dan pandangan
yang baru. Penulisan sejarah terutamanya berkaitan peristiwa penting dalam perkembangan negara perlu diungkap
kembali atas dasar wujudnya perbezaan pandangan berdasarkan kepada perbezaan sumber yang diperolehi.
Peristiwa Memali mengungkapkan perbezaan cerita berdasarkan sisi masing-masing, antara pihak polis, kerajaan
dan pihak pelaku. |
---|