Khatijah Sidek: suara pejuang terpinggir yang dibisukan dalam sejarah perkembangan politik UMNO
Makalah ini bertujuan untuk meneliti sebuah memoir yang ditulis oleh Khatijah Sidek daripada perspektif feminisme iaitu satu kajian subaltern seperti yang dikemukakan oleh Gayatri Chakravorty Spivak. Persoalan perjuangan wanita dan politik menjadi aspek penting di dalam makalah ini dan aspek ini dil...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3647/1/jademik81-3Bab%25205-lock.pdf http://journalarticle.ukm.my/3647/ http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/akademika/jademik-contents.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Makalah ini bertujuan untuk meneliti sebuah memoir yang ditulis oleh Khatijah Sidek daripada perspektif feminisme iaitu satu kajian subaltern seperti yang dikemukakan oleh Gayatri Chakravorty Spivak. Persoalan perjuangan wanita dan politik menjadi aspek penting di dalam makalah ini dan aspek ini diletakkan dalam konteks politik Malaysia pada tahun 1950-an di mana parti politik UMNO mula berkembang dan peranan wanita sangat terhad. Memoir ini ditulis oleh seorang wanita yang membincangkan tentang wanita di dalam arus kekuasaan lelaki di dalam UMNO. Suara perjuangan Khatijah Sidek untuk mendapat hak sama taraf dengan kaum lelaki begitu lantang diperjuangkan di dalam UMNO. Makalah ini mendapati bahawa pandangan yang dikemukakan oleh Spivak iaitu suara golongan subaltern seperti wanita yang dikonkritkan oleh Khatijah Sidek tidak didengari oleh pihak yang dominan seperti lelaki yang merupakan golongan yang berkuasa. Makalah ini menunjukkan bagaimana hegemoni lelaki menundukkan suara politik wanita subaltern seperti Khatijah Sidek. |
---|