Perbankan berasaskan pengetahuan: membudayakan amalan pengurusan pengetahuan
Pengurusan Pengetahuan merupakan satu praktis yang relatifnya baru dalam sektor perbankan. Kesan penggabungan organisasi perbankan domestik dan liberalisasi kewangan menuntut supaya operasi organisasi perbankan berpaksikan kepada pengetahuan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti amalan pengurusan pen...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3655/1/jademik81-3Bab%252013-lock.pdf http://journalarticle.ukm.my/3655/ http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/akademika/jademik-contents.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pengurusan Pengetahuan merupakan satu praktis yang relatifnya baru dalam sektor perbankan. Kesan penggabungan organisasi perbankan domestik dan liberalisasi kewangan menuntut supaya operasi organisasi perbankan berpaksikan kepada pengetahuan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti amalan pengurusan pengetahuan dalam aspek Perolehan dan Penguasaan Pengetahuan, Latihan dan Mentor, Komunikasi dan Insentif dalam sektor perbankan domestik. Kaedah tinjauan yang menggunakan teknik soal selidik untuk pengumpulan data digunakan. Bancian dilakukan terhadap Pengurus Sumber Manusia di 10 buah bank perdagangan tempatan di Malaysia. Empat aspek perolehan dan penguasaan pengetahuan, enam aspek latihan dan mentor, tiga aspek komunikasi dan dua aspek insentif dianalisis untuk melihat perbezaannya. Hipotesis membuktikan kewujudan amalan pengurusan pengetahuan dalam keempat-empat aspek tersebut. Item utama amalan pengurusan pengetahuan dalam aspek perolehan dan penguasaan pengetahuan memperlihatkan organisasi perbankan memperoleh dan menggunakan pengetahuan daripada persatuan industri, pesaing, pelanggan dan pembekal. Aspek latihan dan mentor pula mendapati item utama amalan pengurusan pengetahuan ialah menggalakkan pekerja melanjutkan pendidikan dengan membayar balik yuran bagi kursus yang berkaitan dengan kerja. Manakala, dalam aspek komunikasi, penyediaan dokumen bertulis seperti perolehan faedah, manual latihan, amalan kerja positif, artikel penerbitan (organisasi berpengetahuan) merupakan amalan utama pengurusan pengetahuan. Dalam aspek insentif, insentif kewangan dan bukan kewangan diamal secara konsisten. Kajian ini memotivasikan organisasi perbankan untuk menerima pengurusan pengetahuan sebagai suatu amalan baru yang harus diterapkan.
|
---|