Kajian palinologi di sekitar Kuala Kangsar, Perak

Kajian ini mengkhusus kepada kehadiran palinomorf dalam bantuan sedimen berusia Tertiar dan lebih muda di sekitar Kuala Kangsar yang telah dipetakan oleh pengkaji terdahulu. Batuan ini telah ditafsirkan terendap dalam lembangan-lembangan kecil yang dikenalpasti melalui penggerudian. Seperti batuan s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Uyop Said
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 1996
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3676/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol25num1_1996/vol25num1_96page19-27.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Description
Summary:Kajian ini mengkhusus kepada kehadiran palinomorf dalam bantuan sedimen berusia Tertiar dan lebih muda di sekitar Kuala Kangsar yang telah dipetakan oleh pengkaji terdahulu. Batuan ini telah ditafsirkan terendap dalam lembangan-lembangan kecil yang dikenalpasti melalui penggerudian. Seperti batuan seusia ditempat-tempat lain di Semenanjung Malaysia, batuan sedimen Tertiar di sekitar Kuala Kangsar jarang tersingkap ke permukaan. Persamaan jenis litologi dan struktur sedimen dari lembangan lain seperti di Batu Arang, Selangor dijadikan asas dalam penentuan usia batuan di sini. Maklumat palinologi dapat digunakan dalam mentafsir usia dan sekitaran pengendapan batuan ini. Beberapa lokaliti telah dipilih dan dilakukan penggerudian untuk mendapatkan sampel bagi kajian palinologi. Kesemua sampel telah diproses mengikut teknik penyediaan sampel palinologi yang lazim iaitu menggunakan asid hidrofluorik dan asid nitrik serta kebanyakan sampel yang diproses telah melalui proses asetolisis untuk membersihkan daripada bahan-bahan selulos sebelum dibuatkan slaid. Himpunan palinomoif yang dikenalpasti daripada sampel yang dikaji merupakan palinomoif berusia muda (Kuaterner-Resen). Debunga yang paling dominan terdiri daripada debunga yang dihasilkan oleh tumbuhan renek (Hex, Camnosperma, Gramineae dan Palaquium) yang lazimnya tumbuh dipinggir paya dan sungai.