Kajian retrospektif insidens konjunktivitis papillari gergasi di Klinik Optometri UKM
Insidens Konjuktivitis papillari Gergasi (GPC) yang dijumpai di klinik Optometri UKM dari tahun 1989 hingga 1994 dikaji secara retrospektif. Dalamjangkamasa 6 tahun ini, 37 orang pemakai kanta sentuh telah dikesan mempunyai GPC. Dari 37 orang pesakit ini, Bangsa Melayu merupakan kumpulan terbesar me...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
1996
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3702/ http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol25num3_1996/vol25num3_96page13-18.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Summary: | Insidens Konjuktivitis papillari Gergasi (GPC) yang dijumpai di klinik Optometri UKM dari tahun 1989 hingga 1994 dikaji secara retrospektif. Dalamjangkamasa 6 tahun ini, 37 orang pemakai kanta sentuh telah dikesan mempunyai GPC. Dari 37 orang pesakit ini, Bangsa Melayu merupakan kumpulan terbesar mendapat GPC iaitu seramai 21 orang (57%) diikuti oleh bangsa Cina 12 orang (32%) dan bangsa India 4 orang (11%). 18 orang pesakit (48%) adalah pemakai kanta sentuh lembut, 17 orang (46%) pemakai kanta sentuh separa-keras, seorang pesakit (3%) adalah pemakai kanta sentuh keras dan seorang pesakit (3%) adalah pemakai kanta sentuh pakaibuang. Tiga puluh orang adalah merupakan pesakit wanita (81%) dan selebihnya 7 orang (19%) ialah pesakit lelaki. Julat umur pesakit adalah di antara 9 hingga 60 tahun. |
---|