Penurunan sikloheksanon kepada sikloheksanol oleh bakteria penghasil aseton-butanol, clostridium acetobutylicum NCIB 8052

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji tindak balas penurunan sikloheksanon kepada sikloheksanol secara biotransformasi menggunakan Clostridium acetobutylicum NCIB 8052. C. acetobutylicum ditumbuhkan dalam media RCM dalam kultur tiub yang mengandungi sikloheksanon pada kepekatan 1­30 mM. Kajian biotran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Sahaid Kalil, Noorhisham Tan Kofli
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2002
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3829/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol31_2002/vol31_02page109-115.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan mengkaji tindak balas penurunan sikloheksanon kepada sikloheksanol secara biotransformasi menggunakan Clostridium acetobutylicum NCIB 8052. C. acetobutylicum ditumbuhkan dalam media RCM dalam kultur tiub yang mengandungi sikloheksanon pada kepekatan 1­30 mM. Kajian biotransformasi dalam fermenter dilakukan menggunakan media minima glukosa yang mengandungi sikloheksanon (5 mM). Hasil biotransformasi dianalisis menggunakan kromatografi gas (GC). Kepekatan sikloheksanol yang terhasil didapati meningkat secara linear dengan peningkatan substrat yang diberikan sehingga 10 mM. Kepekatan substrat yang lebih tinggi secara relatifnya tidak meningkatkan hasil. Kajian ini menunjukkan bahawa biotransformasi sikloheksanon merupakan proses yang tidak berkait dengan pertumbuhan dan penghasilan butanol merupakan pra­syarat untuk biotransformasi.