Penentuan aras jalur tenaga kompleks tungsten nitrosilditiolena

Sifat-sifat kimia dan fizik kompleks tungsten nitrosilditiolena dengan formula am [WTp*(NO)(L)] dengan Tp* = tris(3,5- dimetilpirazolil)hidroborat dan L = toluena-3,4-ditiolat (L1), 1,2-benzenaditiolat (L2), 3,6-dikloro-1,2-benzenaditiolat (L3), telah dikaji untuk dijadikan pemeka foto bagi elektr...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mark, Lee Wun Fui, Ng, Kim Hang, Lorna, Jeffery Minggu, Akrajas Ali Umar, Mohammad Kassim
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3933/1/08%2520Mark%2520Lee.pdf
http://journalarticle.ukm.my/3933/
http://www.ukm.my/jsm
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Sifat-sifat kimia dan fizik kompleks tungsten nitrosilditiolena dengan formula am [WTp*(NO)(L)] dengan Tp* = tris(3,5- dimetilpirazolil)hidroborat dan L = toluena-3,4-ditiolat (L1), 1,2-benzenaditiolat (L2), 3,6-dikloro-1,2-benzenaditiolat (L3), telah dikaji untuk dijadikan pemeka foto bagi elektrod anod untuk sel fotoelektrokimia. Kompleks tungsten nitrosilditiolena disintesiskan dan diciri dengan menggunakan spektroskopi (IR) dan ultra-lembahyung dan cahaya nampak (UV-Vis) dan analisis mikro unsur CHNS. Teknik voltametri berkitar (CV) telah digunakan untuk menentukan keupayaan redoks kompleks dan seterusnya aras jalur tenaga telah ditentukan daripada data yang diperoleh. Ketiga-tiga kompleks menunjukkan jurang jalur tenaga dalam julat 1.59 – 1.63 eV. Jurang jalur tenaga yang dikira daripada analisis CV adalah bersepadan dengan anggaran daripada spektrum serapan elektronik kompleks. Berdasarkan gambar rajah jalur tenaga, ketiga-tiga kompleks dijangka mempunyai potensi untuk digunakan sebagai pemeka foto bagi fotoelektrod sel fotoelektrokimia.