Impak pengenalan instrumen derivatif terhadap kemeruapan pulangan saham di pasaran semerta: satu kajian empirik di Bursa Malaysia

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat impak pengenalan instrumen derivatif ke atas kemeruapan pulangan saham di pasaran semerta. Kajian ini juga mengambil kira kesemua instrumen derivatif yang telah diperkenalkan di pasaran tempatan. Data harian bagi indeks komposit dan sebilangan indek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zaidi Isa
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2006
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3981/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol35num1_2006/vol35num1_06page95-105.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Description
Summary:Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat impak pengenalan instrumen derivatif ke atas kemeruapan pulangan saham di pasaran semerta. Kajian ini juga mengambil kira kesemua instrumen derivatif yang telah diperkenalkan di pasaran tempatan. Data harian bagi indeks komposit dan sebilangan indeks-indeks untuk setiap sektor akan digunakan di dalam kajian ini bagi mengkaji kesan secara keseluruhan dan mengikut sektor. Dengan menggunakan model GARCH terubahsuai iaitu dengan mengambil kira kesan perubahan struktur. Kajian ini mendapati wujudnya kesan yang bercampur-campur. Secara umumnya, pengenalan instrumen derivative mampu untuk mengurangkan tahap kemeruapan pulangan dan secara langsung menstabilkan pasaran saham. Tambahan pula, ia turut mempertingkatkan lagi kadar dan kualiti aliran maklumat ke dalam pasaran dan dengan demikian menjadikan pasaran saham bertambah efisien.