Pembangunan sumber manusia dan prestasi firma dalam industri skel kecil dan sederhana

Banyak bukti menunjukkan pembangunan sumber manusia mampu meningkatkan produktiviti dan prestasi sesebuah organisasi dan selanjutnya meningkatkan kadar pertumbuhan sektor serta pertumbuhan nasional. Sektor industri pembuatan kecil atau sederhana (IKS) di Malaysia menyumbangkan nilai pengeluaran atau...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rahmah Ismail
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2001
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4193/
http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jdem57-03.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Description
Summary:Banyak bukti menunjukkan pembangunan sumber manusia mampu meningkatkan produktiviti dan prestasi sesebuah organisasi dan selanjutnya meningkatkan kadar pertumbuhan sektor serta pertumbuhan nasional. Sektor industri pembuatan kecil atau sederhana (IKS) di Malaysia menyumbangkan nilai pengeluaran atau nilai ditambah yang rendah secara relatifnya tetapi IKS membentuk sebahagian besar daripada syarikat pembuatan. Salah satu faktor yang menyebabkan rendahnya nilai ditambah adalah produktiviti buruh yang rendah yang disebabkan kemahiran yang rendah. Bagi meningkatkan kemahiran buruh, tingkat pencapaian modal manusia mereka perlu ditingkatkan melalui pembangunan sumber manusia. Artikel ini bertujuan untuk melihat tahap pembangunan sumber manusia dalam IKS, dan sama ada pembangunan sumber manusia mempunyai hubungan dengan prestasi firma. Maklumat mengenai IKS diperolehi melalui satu set borang soal selidik yang dilaksanakan ke atas 138 firma di kawasan Lembah Klang pada 1997/98. Penemuan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan positif antara prestasi firma dengan tahap pembangunan sumber manusia.