Ciri persekitaran hidrologi dan sedimentasi Sungai Telom, Cameron Highlands

Permodelan sungai memainkan peranan yang penting dalam meramalkan tindakbalas sungai terhadap perubahan yang berlaku, sama ada secara semulajadi atau buatan. Objektif kajian adalah menganalisis ciri hidraulik dan hidrologi serta mengkaji tren luahan sedimen yang masuk ke Sungai Telom, Cameron Hig...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noraini Wahida binti Abdullah, Mohd Ekhwan Hj.Toriman
Format: Article
Language:English
Published: Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia 2010
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4232/1/ida010.pdf
http://journalarticle.ukm.my/4232/
http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2010/ida010.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Permodelan sungai memainkan peranan yang penting dalam meramalkan tindakbalas sungai terhadap perubahan yang berlaku, sama ada secara semulajadi atau buatan. Objektif kajian adalah menganalisis ciri hidraulik dan hidrologi serta mengkaji tren luahan sedimen yang masuk ke Sungai Telom, Cameron Highlands. Kajian bagi mengumpulkan data hidraulik dan hidrologi telah dijalankan pada 28 Oktober 2008 manakala persampelan sedimen dan air bagi mengkaji tren luahan sedimen di Sungai Telom telah dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada 28 Oktober dan 8 Februari 2009. Di dalam kajian ini, perisian1-D-Hidrodinamik XPSWMM telah dipilih dan digunakan bagi mensimulasikan aliran terus satu dimensi di Sungai Telom, Cameron Highlands. Proses kalibrasi dan validasi telah dilakukan bagi memastikan kejituan model. Permodelan hidraulik menunjukkan anggaran luahan penuh yang masuk ke Sungai Telom adalah pada link 7 iaitu 1.02 m3/s dan link 17 iaitu sebanyak 2.40 m3/s. Bagi melihat tren luahan sedimen pula, analisis sedimen telah dilakukan dan hasil kajian mendapati, anggaran muatan sedimen yang masuk ke Sungai Telom adalah tinggi iaitu kira-kira 172,324.56 kg/km²/tahun. Manakala peratusan sedimen menunjukkan bahawa pasir halus dan kasar lebih dominan di Sungai Telom.