Gaya kepimpinan pengetua wanita dan hubungannya dengan tahap motivasi guru sekolah menengah
Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita dan juga hubungannya dengan tahap motivasi guru di sekolah-sekolah menengah di Kajang, Selangor. Kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan kaed...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
penerbit ukm
2006
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/4251/1/gaya_wanita.pdf http://journalarticle.ukm.my/4251/ http://www.ukm.my/jurfpend/articles%20for%20vol%2031%202006%20bm.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru terhadap gaya
kepimpinan pengetua wanita dan juga hubungannya dengan tahap motivasi
guru di sekolah-sekolah menengah di Kajang, Selangor. Kajian yang
berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan secara tinjauan dengan
menggunakan kaedah soal selidik The Leader Behavior Description Questionnaire
(LBDQ) dan A Questionnaire Measure of Individual Differences in
Achieving Tendency (QMAT). Kajian ini melibatkan 203 orang responden
daripada tujuh buah sekolah menengah di Kajang, Selangor. Penganalisisan
dapatan kajian menggunakan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai,
ANOVA dan analisis korelasi Pearson dengan penetapan aras ± = .05. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap gaya kepimpinan
pengetua wanita di sekolah-sekolah menengah di Kajang secara keseluruhannya
berada di tahap agak memuaskan. Walaupun gaya kepimpinan pengetua
wanita berdasarkan dimensi struktur tugas lebih dominan berbanding dimensi
timbang rasa, namun kedua-duanya berada di tahap agak memuaskan sahaja.
Daripada aspek tahap motivasi pula, didapati tahap motivasi guru-guru
terhadap tugas adalah ditahap agak memuaskan. Kajian juga mendapati
tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap persepsi guru terhadap
gaya kepimpinan pengetua wanita berdasarkan faktor-faktor demografi guru.
Begitu juga dengan persepsi guru terhadap tahap motivasi guru, tidak
menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor-faktor demografi
guru, kecuali faktor umur. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang
signifikan antara tahap motivasi guru dengan persepsi guru terhadap gaya
kepimpinan pengetua wanita. Ini mengesahkan bahawa semakin tinggi
persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita, maka semakin
meningkat tahap motivasi guru. Kajian ini menyokong dapatan berkaitan
dan andaian umum yang menyatakan bahawa gaya kepimpinan pengetua
wanita memang mempengaruhi tahap motivasi kerja guru. |
---|