Pembingkaian isu pendidikan di Malaysia oleh sumber berita dan akhbar Cina
Perkembangan sistem pendidikan merupakan penanda kepada pembangunan negara dan pada masa yang sama, ia juga bergerak seiring dengan isu perpaduan negara ini. Cabaran utama yang dihadapi oleh Malaysia dalam perjalanannya menjadi sebuah negara maju, merupakan penentuan bahasa yang wajar digunakan...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysian
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/4317/1/V24_2.pdf http://journalarticle.ukm.my/4317/ http://www.ukm.my/jkom |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Perkembangan sistem pendidikan merupakan penanda kepada
pembangunan negara dan pada masa yang sama, ia juga bergerak
seiring dengan isu perpaduan negara ini. Cabaran utama yang
dihadapi oleh Malaysia dalam perjalanannya menjadi sebuah
negara maju, merupakan penentuan bahasa yang wajar digunakan
di dalam sistem pendidikan negara ini. Imbangan di antara
memartabatkan bahasa kebangsaan, kepada pengukuhan bahasa
global dan juga pengekalan bahasa ibunda unik setiap kaum di
negara ini bukanlah mudah. Polisi pendidikan dalam pengajaran
dan pembelajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa
Inggeris pada semua peringkat sekolah rendah pada 2003,
mendapat bantahan yang kuat daripada masyarakat Cina. Kerajaan
Malaysia akhirnya menerima cadangan untuk mengajar kedua-dua
subjek ini dalam dua bahasa di sekolah jenis kebangsaan Cina.
Kajian ini melakukan refleksi kepada laporan empat akhbar Cina
pada ketika itu untuk memahami pembingkaian yang digunakan
oleh akhbar-akhbar tersebut dalam melaporkan isu pendidikan
negara. Kedua-dua media dan juga sumber berita juga memainkan
peranan di dalam pembingkaian isu pendidikan. Berpaksikan
lima bingkai generik Semetko & Valkenburg (2000) iaitu bingkai
tanggungjawab, bingkai konflik, bingkai moral, bingkai akibat
ekonomi dan bingkai kemanusiaan, kajian ini melakukan analisis
kandungan kuantiatif terhadap empat akhbar utama tempatan
Cina di Malaysia. Sebanyak 157 berita diperolehi dengan 1,218
unit analisis. Kajian mendapati bahawa parti kerajaan cuba
mempromosikan bingkai tanggungjawab, sementara editorial mementingkan bingkai minat manusia dan pihak pembangkang
melihat bingkai moral. |
---|