Wabak denggi di Felda Serting Satu, Jempol, Negeri Sembilan: satu pengalaman

Satu tinjauan wabak demam denggi telah dijalankan di FELDA Serting Satu, Jempol, Negeri Sembilan. Objektif tinjauan adalah untuk menilai aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan, masalah-masalah yang timbul dan cadangan-cadangan untuk mengelakkan wabak dari berulang lagi. Data-data diperolehi dari r...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd. Rizal. A. M.
Format: Article
Published: Department Of Community Health, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia 1999
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4360/
http://www.communityhealthjournal.org/detailarticle.asp?id=90&issue=Vol5(S):1999
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Description
Summary:Satu tinjauan wabak demam denggi telah dijalankan di FELDA Serting Satu, Jempol, Negeri Sembilan. Objektif tinjauan adalah untuk menilai aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan, masalah-masalah yang timbul dan cadangan-cadangan untuk mengelakkan wabak dari berulang lagi. Data-data diperolehi dari rekod perubatan, laporan kes demam denggi dan melalui temuramah. Wabak telah diistiharkan pada 8 hb. Ogos, 1997 dan dikawal 15 hari kemudian. Sebanyak 6 kes demam denggi telah dilaporkan dan disahkan melalui ujian serologi denggi.Strategi pencegahan dan kawalan am yang telah diambil adalah menubuhkan bilik gerakan, memberitahu wabak kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta,menyelia kakitangan vektor dan merancang aktiviti-aktiviti kawalan, mengadakan mesyuarat dengan agensi lain dan menyediakan laporan harian ke Pejabat Cawangan Bawaan Vektor Negeri. Strategi khusus pula meliputi penyiasatan kes, membuat kajian Aedes, penggunaan abate, memusnahkan tempat pembiakan, pengasapan,memberi pendidikan kesihatan, mengadakan gotong-royong dan menguatkuasakan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit, 1975.Masalah--masalah semasa wabak yang telah dihadapi adalah pembuangan sampah yang tidak sanitari, aktiviti kawalan yang kurang berkesan, kekurangan kakitangan dan peralatan serta penglibatan masyarakat yang kurang memuaskan.Cadangan-cadangan yang disarankan adalah membentuk pasukan anti-aedes dikalangan penduduk setempat, memastikan sampah dibuang di tempat yang sesuai, meningkatkan pendidikan kesihatan, menggunakan racun serangga 'water based' dan penggunaan kaedah 'ovitrap'.