Sifat foto kimia Kompleks Molibdenum Ditiolena

Faktor yang perlu diberi perhatian bagi bahan pemeka foto yang baik adalah keamatan serapan dan kedudukan serapan spektrum elektronik dalam julat cahaya nampak, keupayaan redoks dan kestabilan-fotonya. Kompleks molibdenum ditiolena dengan formula am [MoTp*(NO)(L)] dengan Tp* = tris(3,5-dimetilpirazo...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mark, Lee Wun Fui, Lorna, Jeffery Minggu, Mohammad Kassim
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4473/1/11%2520Mark%2520Lee.pdf
http://journalarticle.ukm.my/4473/
http://www.ukm.my/jsm/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Faktor yang perlu diberi perhatian bagi bahan pemeka foto yang baik adalah keamatan serapan dan kedudukan serapan spektrum elektronik dalam julat cahaya nampak, keupayaan redoks dan kestabilan-fotonya. Kompleks molibdenum ditiolena dengan formula am [MoTp*(NO)(L)] dengan Tp* = tris(3,5-dimetilpirazolil)hidroborat dan L = toluena-3,4-ditiolat (L1); 1,2-benzenaditiolat (L2); 3,6-dikloro-1,2-benzenaditiolat (L3) didapati mempunyai sifat-sifat kimia dan fizik yang diperlukan untuk dijadikan sebagai anod pemeka-foto-elektron untuk sel foto-elektrokimia penguraian molekul air kepada hidrogen dan oksigen. Kompleks Mo-ditiolena yang disintesis daripada prekursor [MoTp*(NO)(I)2] dan sebatian ditiol dengan kehadiran Et3N sebagai agen penurunan dan penyahprotonan telah diciri dengan menggunakan kaedah analisis mikro unsur CHNS, spektroskopi IR, ultra-lembahyung dan cahaya nampak (UV-Vis), dan elektrokimia. Puncak penyerapan UV-Vis (λmax/ nm) dikesan pada 321-331, 369-372, 576-589 dan 736-741nm. Sifat keaktifan foto-kimia dan foto-fizik turut dikaji bagi menentukan kesesuaiannya sebagai bahan pemeka foto bagi sel foto-elektrokimia. Ujian kestabilan-foto menunjukkan tiada berlaku penguraian terhadap ketiga-tiga kompleks tersebut selepas sinaran cahaya selama 24 jam.