Morfometri lembangan sungai-sungai utama di Pulau Pinang (Morphometry of major river basins in the Island of Penang)

Morfometri saliran digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri dan parameter geometri sesebuah lembangan sungai supaya ianya lebih objektif dan bermakna. Makalah ini bertujuan untuk mendapatkan informasi dan menganalisis ciri-ciri morfometri empat lembangan sungai utama di Pulau Pinang iaitu lembangan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noraini Misnan, Main Rindam
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4635/1/8_geografia-APR%25202012-Noraini%26main%2520rindam-usm-melayu-kat.pdf
http://journalarticle.ukm.my/4635/
http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Morfometri saliran digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri dan parameter geometri sesebuah lembangan sungai supaya ianya lebih objektif dan bermakna. Makalah ini bertujuan untuk mendapatkan informasi dan menganalisis ciri-ciri morfometri empat lembangan sungai utama di Pulau Pinang iaitu lembangan Teluk Bahang (A), lembangan Sungai Pinang (B), lembangan Sungai Relau (C) serta lembangan Sungai Air Putih (D). Maklumat tentang morfometri ini amat penting untuk digunakan sebagai asas rujukan yang berkesinambungan pada masa hadapan. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan teknik analisis peta topography dan pemerhatian di lapangan. Kajian tertumpu kepada aspek morfometri tertentu khususnya pola-pola saliran, order sungai, serta kepadatan lembangan saliran. Hasil kajian menunjukkan kesemua kawasan lembangan kajian mempunyai kepadatan saliran yang kurang daripada 2 km per km persegi dengan lembangan Sungai Relau mencatat kepadatan tertinggi iaitu 1.89 km per km persegi. Kebanyakan sungai di kawasan kajian mempunyai pola saliran jenis reranting atau dendritik dan Sungai Pinang (B) mempunyai 5 order sungai, tertinggi di kawasan tersebut.