Hubungan seksual remaja: antara cinta dan nafsu

Masalah seksual remaja dekad ini sudah menjadi satu perkara yang amat membimbangkan. Lebih membimbangkan remaja kini terlibat dengan salah laku seksual seawal usia 11 tahun. Justeru, artikel ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti sama ada remaja perempuan cenderung melakukan hubungan seks di atas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nasrudin Subhi, Radhiah Abu Bakar, Norazura Ahmad, Suzana Mohd Hoesni, Fauziah Ibrahim, Mohd Suhaimi Mohamad
Format: Article
Language:English
Published: Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5022/1/nasrudin012.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5022/
http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Masalah seksual remaja dekad ini sudah menjadi satu perkara yang amat membimbangkan. Lebih membimbangkan remaja kini terlibat dengan salah laku seksual seawal usia 11 tahun. Justeru, artikel ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti sama ada remaja perempuan cenderung melakukan hubungan seks di atas dasar cinta atau nafsu. Pengumpulan data melibatkan satu kajian fokus terdiri daripada lapan orang penghuni Asrama Bahagia Kampung Pandan. Analisis kandungan tema telah digunakan dalam mencari makna terhadap isu ini. Dapatan kajian menunjukkan remaja perempuan cenderung melakukan hubungan seksual untuk mendapatkan cinta dan kasih sayang daripada pasangan. Namun, perasaan cinta tersebut mampu berubah menjadi keinginan seksual atau nafsu apabila remaja mula aktif melakukan hubungan seksual bersama pasangan. Pengkaji juga mendapati remaja turut cenderung mendefinisikan hubungan seksual sebagai cara untuk menyatakan perasaan cinta dan kasih kepada pasangan. Dalam masa yang sama, kajian ini turut mencadangkan beberapa alternatif dalam usaha membendung salah laku seksual di kalangan remaja kini.