Aktivisme mahasiswa cina era reformasi dan pasca reformasi di Malaysia: Kajian impak politik dalam pilihan raya umum ke-12
Aktivisme mahasiswa sering mendapat perhatian pelbagai pihak, terutamanya pihak pemerintah sesebuah negara, lantaran kegiatan-kegiatan mahasiswa mampu memberi kesan kepada perkembangan politik di negara tersebut. Di Malaysia, aktivisme mahasiswa pernah muncul dalam bentuk gerakan yang berjaya meng...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5358/1/Akademika82%281%29%2520Bab%252010-L.pdf http://journalarticle.ukm.my/5358/ http://www.ukm.my/penerbit/akademika/jademik-contents.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Aktivisme mahasiswa sering mendapat perhatian pelbagai pihak, terutamanya pihak pemerintah sesebuah negara,
lantaran kegiatan-kegiatan mahasiswa mampu memberi kesan kepada perkembangan politik di negara tersebut. Di
Malaysia, aktivisme mahasiswa pernah muncul dalam bentuk gerakan yang berjaya menggugat kestabilan sesebuah
kerajaan. Ekoran daripada itu, Akta Universiti dan Kolej Universiti diperkenal oleh kerajaan pada tahun 1971 dan
tindakan itu telah menyebabkan kelesuan dalam gerakan mahasiswa. Namun gerakan reformasi yang tercetus dalam
tahun 1998 membawa nafas baru kepada aktivisme mahasiswa di Malaysia. Makalah ini cuba meneliti aktivisme
mahasiswa Cina era reformasi dan pasca reformasi serta impak politiknya dalam pilihan raya umum ke-12. Hasil
penyelidikan menunjukkan bahawa aktivisme pelajar Cina banyak dipengaruhi oleh seruan gerakan reformasi.
Peningkatan aktivisme mereka yang berfokus kepada keadilan dan membawa perubahan dalam masyarakat telah
menghadapi tekanan daripada pihak pengurusan universiti. Tindakan ini menyebabkan para aktivis pelajar Cina ini
menyebelahi dan menyertai parti-parti pembangkang setelah keluar dari universiti. Bekas aktivis-aktivis mahasiswa
ini juga cenderung melibatkan diri dalam NGO, sementara sebahagian mereka pula berjaya menjadi calon dalam PRU
ke-12 dan muncul sebagai ahli Dewan Undangan Negeri atau ahli Parlimen. Kemunculan mereka sebagai pemimpin
politik muda bakal memperkasakan politik multi-etnik yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. |
---|