Pantai peranginan Besut, Terengganu sebagai destinasi pilihan pelancong (The coastal beach of Besut, Terengganu as a preferred tourist destination)

Pusat-pusat peranginan pantai di daerah Besut Terengganu mempunyai tahap kemudahsampaian yang tinggi dan kemudahan infrastruktur yang baik seiring dengan kemajuan sektor pelancongan negara. Pusat peranginan ini mendapat sokongan, galakan dan insentif yang istimewa daripada kerajaan. Kajian ini ber...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosniza Aznie Che Rose, Usman Yaakob, Suriati, G, Abd Rahim Md Nor, Rosmiza Mohd Zainol, Novel Lyndon, Mohd Fuad Mat Jali
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5504/1/7a.geografia-jul%25202012-rosniza%2520dkk-melayu-ed%2520amriah-%252031.7.12.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5504/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pusat-pusat peranginan pantai di daerah Besut Terengganu mempunyai tahap kemudahsampaian yang tinggi dan kemudahan infrastruktur yang baik seiring dengan kemajuan sektor pelancongan negara. Pusat peranginan ini mendapat sokongan, galakan dan insentif yang istimewa daripada kerajaan. Kajian ini bertujuan menilai tahap kepuasan pelancong terhadap pantai peranginan di daerah Besut sebagai destinasi pilihan percutian keluarga yang mapan. Menggunakan data sekunder dan kaji selidik ke atas 100 pelancong, kajian ini mendapati bahawa dari segi fizikal pantai peranginan di daerah Besut khususnya pantai Air Tawar, pantai Bukit Keluang dan Pulau Perhentian, sesuai dikunjungi kerana masih lagi terpelihara dan mampan. Pembangunan kemudahan fizikal seperti chalet dan motel dikawal rapi oleh pihak berkuasa pembangunan negeri. Majoriti pengunjung adalah berkeluarga dan pelancong domestik. Penelitian berdasarkan pandangan pelancong tentang tahap kelestarian dan kemajuan pusat peranginan pantai ini mendapati bahawa tidak banyak lagi perubahan fizikal yang sesuai dibangunkan dan boleh diterima untuk mengekalkan kelestarian persekitaran kawasan tersebut. Kebanyakan pengunjung dan penduduk menghadkan penerimaan kemungkinan kesan-kesan buruk pembangunan fizikal terhadap ekosistem pantai di destinasi pelancongan tersebut hanyalah pada tahap ambangan yang minimum sahaja.