Akses kepada internet dan kesannya terhadap partisipasi politik penduduk di Negeri Johor
Aplikasi ruang siber melalui penggunaan media alternatif seperti blog, laman web, forum siber, you tube, email, face book, dan twitter telah memperluas ruang bersuara sekaligus meningkatkan partisipasi politik, mobilisasi sosial dan demokrasi. Sebelum ini, selain ceramah, rakyat banyak mendapat ma...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5602/1/8.geografia-sept%25202012-fuad%2520et%2520all-si-ppspp-ed%2520kat3.pdf http://journalarticle.ukm.my/5602/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php? |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Aplikasi ruang siber melalui penggunaan media alternatif seperti blog, laman web, forum siber, you tube, email, face
book, dan twitter telah memperluas ruang bersuara sekaligus meningkatkan partisipasi politik, mobilisasi sosial dan
demokrasi. Sebelum ini, selain ceramah, rakyat banyak mendapat maklumat politik melalui media cetak seperti
akhbar, majalah dan buku; dan media elektronik khususnya radio dan televisyen. Namun kini, penggunaan internet
sebagai cara untuk mencari maklumat menjadi semakin penting. Internet berperanan sebagai ruang siber yang
demokratik dan bebas. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis akses dan penggunaan internet serta
kesannya ke atas partisipasi politik dalam kalangan penduduk di negeri Johor. Berdasarkan kaji selidik yang
melibatkan seramai 3,021 responden (1,502 orang di Kawasan Parlimen Muar dan 1,519 orang di Kawasan Parlimen
Kluang) dan pemerhatian di lapangan, kajian ini mendapati bahawa akses dan penggunan internet di kawasan
tersebut agak menggalakkan dengan 54.0 peratus di Kluang dan 33.7 peratus di Muar. Responden mengakses dan
menggunakan internet untuk mendapat maklumat politik. Walau bagaimanapun, pencarian maklumat politik berbeza
mengikut latar belakang pendidikan, peringkat umur, etnik, jantina, pendapatan dan pekerjaan. Dalam ‘politik baru’
hari ini, isu korupsi, penyelewengan dan salahguna kuasa diberi tumpuan dan laungan media alternatif tersebut.
Rakyat terutamanya golongan muda yang celik IT tidak lagi terpengaruh dengan isu ‘politik lama’ seperti etnik,
bahasa, agama dan kedaerahan. Akses dan penggunaan internet terbukti telah mempengaruhi sokongan pengundi
muda, terutamanya di kawasan bandar serta memberi impak yang signifikan terhadap keputusan pilihan raya umum
2008. Kini internet menjadi salah satu sumber maklumat penting di Malaysia. Media baru ini dijangka bakal
mempengaruhi pola pengundian dalam pilihan raya umum di negeri Johor pada masa akan datang. |
---|