Potensi tarikan ekopelancongan rekreasi di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Perak

Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) FELDA Residence Hot Springs Sungai Klah, Sungkai terletak di pedalaman FELDA, merupakan destinasi ekopelancongan baru berasaskan alam semula jadi iaitu sumber mata air panas dan air gunung yang diuruskan oleh Plantation Resort Sdn.Bhd (PRSB). Kajian ini bertujuan un...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosniza Aznie Che Rose, Rozalini, R, Rosmiza Mohd Zainol, Abd Rahim Md Nor, Novel Lyndon, Mohd Fuad Mat Jali, Mohd Azlan Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5657/1/13.geografia-okt%25202012-rozniza%2520et%2520al-melayu-am.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5657/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) FELDA Residence Hot Springs Sungai Klah, Sungkai terletak di pedalaman FELDA, merupakan destinasi ekopelancongan baru berasaskan alam semula jadi iaitu sumber mata air panas dan air gunung yang diuruskan oleh Plantation Resort Sdn.Bhd (PRSB). Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti potensi Taman Rekreasi Air Panas (TRAP ) FELDA Residence Hot Springs Sungai Klah sebagai produk pelancongan FELDA, meneliti aktiviti rekreasi dan daya tarikan yang terdapat di TRAP, menilai kemudahan dan persekitaran yang disediakan, dan menilai persepsi pelancong terhadap TRAP. Seramai 50 orang pelancong yang terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara rawak. Kaedah kaji selidik digunakan dan data yang diperoleh dianalisis menggunakan program SPSS versi 15.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelancong yang datang ke TRAP bertujuan untuk bermandi-manda, melakukan aktiviti merebus telur, berjalan di laluan titi kayu sambil memerhatikan flora, fauna dan sumber mata air panas yang menjadi terapi sauna semulajadi ketika berjalan di laluan titi kayu tersebut. Pelancong yang datang kebanyakannya berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan dan terdapat juga segelintir pelancong yang kurang berpuas hati terhadap kemudahan pengangkutan, kemudahan rekreasi, penginapan dan bayaran masuk. Walau bagaimanapun, pelancong masih lagi ingin berkunjung ke TRAP memandangkan destinasi ini menarik dan berpotensi untuk maju di masa hadapan.