Analisis persepsi masyarakat setempat terhadap impak pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor

Artikel ini menganalisis persepsi penduduk setempat di kawasan perumahan di WPI, Johor terhadap perubahan yang berlaku ke atas alam sekitar dan komuniti. Analisis tersebut merangkumi keberkesanan langkah penguatkuasaan undang-undang alam sekitar oleh pihak kerajaan khususnya Pihak Berkuasa Tempata...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Er, Ah Choy, Mohd Faizal Abdul Rashid, Katiman Rostam, Aishah@Eshah Mohamed, Abd Rahim Md Nor
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5663/1/19.geografia-okt%25202012-er%2520ah%2520choy%2520%2520et%2520al-melayu-kat.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5663/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Artikel ini menganalisis persepsi penduduk setempat di kawasan perumahan di WPI, Johor terhadap perubahan yang berlaku ke atas alam sekitar dan komuniti. Analisis tersebut merangkumi keberkesanan langkah penguatkuasaan undang-undang alam sekitar oleh pihak kerajaan khususnya Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Alam Sekitar dan IRDA; juga impak pembangunan di WPI ke atas kesejahteraan dan keselamatan penduduk setempat. Penyelidikan ini menggunakan kaedah suvei berasaskan kaji selidik dan pemerhatian untuk memperoleh data. Teknik persampelan campuran dipilih bagi mengenal pasti kawasan yang didiami penduduk asal dan responden yang mempunyai pengetahuan lokal. Hasil analisis menunjukkan bahawa masyarakat setempat mempunyai variasi persepsi yang tinggi bagi impak pembangunan perindustrian secara keseluruhan terhadap Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor. Mereka berpandangan bahawa, walaupun program pembangunan IRDA meninggalkan impak negatif terhadap alam sekitar dan keselamatan komuniti, tetapi banyak kesan positif yang sangat berfaedah kepada masyarakat setempat.