Indeks kemiskinan pelbagai dimensi sebagai alternatif pengukuran kemiskinan:kajian kes di daerah Baling, Kedah.

Pengukuran kemiskinan di Malaysia pada masa ini kebiasaanya menggunakan pendekatan satu dimensi iaitu sama ada mengikut dimensi pendapatan ataupun perbelanjaan.Kaedah ini dirasakan kurang memberi petunjuk yang tepat tentang kemiskinan. Untuk itu , artikel ini mengemukakan satu alternatif baru untuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Hadijah Che Mat, Roslan A.Hakim, Siti Norliza Jumali
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5826/
http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jem.htm
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Description
Summary:Pengukuran kemiskinan di Malaysia pada masa ini kebiasaanya menggunakan pendekatan satu dimensi iaitu sama ada mengikut dimensi pendapatan ataupun perbelanjaan.Kaedah ini dirasakan kurang memberi petunjuk yang tepat tentang kemiskinan. Untuk itu , artikel ini mengemukakan satu alternatif baru untuk mengukur kemiskinan bagi daerah Baling di negeri Kedah dengan menggunakan indeks kemiskinan pelbagai dimensi atau lebih dikenali dengan 'Multidimensional Poverty Index'(MPI) yang diperkenalkan oleh Alkire dan Foster (2007). Terdapat 14 indikator dalam empat dimensi yang dikaji iaitu dimensi pendidikan, kesihatan,kesejahteraan dan kekayaan. Kajian dilakukan keatas 198 isi rumah di daerah Baling. Keputusan kajian menunjukkan selain dimensi ternakan,sebanyak 87.37 peratus isi rumah menghadapi kekurangan dlam mendapatkan makanan yang berzat dan 70.20 peratus isi rumah kekurangan dalam dimensi pemilikan tanah. Selain daripada mengetahuai dimensi apa yang menjadi masalah utama kepada sesebuah masyarakat itu, kaedah ini juga boleh dipisahkan sama ada mengikut bandar luar bandar, jantina agama kaum dan sebagainya. Untuk itu disarankan bagi mencapai matlamat membasmi dengan lebih berkesan, satu pendekatan yang bersesuaian dan bertepatan dengan keadaan kemiskinan harus dilakukan agar penyelesaian masalah itu dapat dilakukan mengikut keperluan. Maka dalam kajian ini, beberapa indikator untuk mengukur dan mengklasifikasikan sesebuah keluarga itu miskin atau tidak. Keputusan pengukur daripada pendekatan yang lebih komprehensif ini dijangkakan akan memberi gambaran yang lebih tepat.