Fertiliti dalam kalangan guru wanita di Daerah Kulaijaya, Johor:satu analisis kuantitatif
Wanita dan pekerjaan semakin tidak boleh dipisahkan. Golongan wanita dilihat mendominasi institusi pendidikan tinggi sekaligus membolehkan mereka mendapat kelayakan kerjaya dan pekerjaan yang baik. Perubahan status dan peranan wanita hari ini menyebabkan wanita menangguhkan usia perkahwinan dan m...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5852/1/8ok.geografia-dis%25202012-zamree-edam.pdf http://journalarticle.ukm.my/5852/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php? |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Wanita dan pekerjaan semakin tidak boleh dipisahkan. Golongan wanita dilihat mendominasi institusi
pendidikan tinggi sekaligus membolehkan mereka mendapat kelayakan kerjaya dan pekerjaan yang baik.
Perubahan status dan peranan wanita hari ini menyebabkan wanita menangguhkan usia perkahwinan dan
menghadkan saiz keluarga. Kertas ini akan cuba meneliti aspek pola fertiliti dalam kalangan guru wanita.
Seramai 108 orang responden telah dipilih daripada guru wanita pelbagai etnik yang telah berkahwin di tujuh
buah sekolah menengah kebangsaan di sekitar bandar Kulai. Tumpuan utama penyelidikan ini adalah untuk
mengkaji hubungan angkubah terpilih dengan fertiliti guru wanita. Dapatan kajian mendapati majoriti responden
menggalas beban tugas perguruan pada tahap berat dan amat berat. Beban tugas perguruan ini mempunyai
pengaruh secara tidak langsung terhadap kadar fertiliti mereka. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan
yang signifikan bagi angkubah etnik, struktur umur, umur berkahwin, tempoh perkahwinan, tempoh perancang
keluarga, bilangan anak ideal dan pendapatan keluarga responden dengan fertiliti guru wanita dalam kajian ini.
Keseluruhannya, tekanan kerjaya telah memberikan kesan signifikan terhadap fertiliti dan seterusnya
mempengaruhi pertumbuhan penduduk di Malaysia |
---|