Penerimagunaan teknologi maklumat dan komunikasi oleh Belia Orang Asli Selangor: indikator integrasi melalui tafsiran nilai

Perbincangan tentang realiti penerimagunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kalangan masyarakat peribumi telahpun dibincang oleh para sarjana tempatan dan antarabangsa. Antara persamaannya ialah isu jurang digital yang wujud antara masyarakat peribumi dan masyarakat arus perdana. Sun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Amir Zal, W. A.
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6255/1/2262-4489-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6255/
http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/archive
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Perbincangan tentang realiti penerimagunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kalangan masyarakat peribumi telahpun dibincang oleh para sarjana tempatan dan antarabangsa. Antara persamaannya ialah isu jurang digital yang wujud antara masyarakat peribumi dan masyarakat arus perdana. Sungguhpun demikian, sintesis dari dapatan kajian para sarjana tersebut dapat disimpul bahawa masyarakat peribumi berupaya menerima pakai TMK dan berintegrasi sebagaimana masyarakat arus perdana. Namun, realiti yang dialami oleh belia Orang Asli dalam isu tersebut masih menjadi tanda tanya. Justeru, kajan ini menyenarai dua objektif bagi memasti isu tersebut dibincang secara lebih mendalam, iaitu menghurai penerimagunaan TMK dan menjelaskan perihal integrasi TMK melalui pegangan nilai belia Orang Asli. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian dilaksana ke atas 24 orang belia Orang Asli di Kampung Orang Asli Bukit Lanjan Damansara dan Pulau Carey, Selangor. Pendekatan triangulasi diguna bagi mengumpul data, iaitu melalui perbincangan kumpulan berfokus, temu bual mendalam dan pemerhatian tidak ikut serta. Data dianalisis melalui perisian komputer QSR NVivo. Dapatan kajian menunjukkan belia Orang Asli menerima pakai TMK. Penerimagunaan TMK didorong oleh nilai keakuran iaitu TMK telah diterima pakai oleh masyarakat arus perdana yang dilihat sebagai lebih terkehadapan dalam soal pembangunan. Kajian ini mencadangkan supaya pembangunan ke atas Orang Asli dilaksana dengan berasaskan tiga prinsip, iaitu berfokus, menyeluruh dan konsisten.