Menguji tahap kepuasan perkhidmatan eKerajaan dengan pendekatan model integrasi

Kajian lepas menunjukkan tahap kepuasan yang rendah menjadi salah satu sebab mengapa perkhidmatan eKerajaan tidak dapat dioptimumkan. Dengan menggunakan pendekatan model integrasi, kajian ini mengenalpasti faktor yang mempengaruhi secara signifikan tahap kepuasan pengguna perkhidmatan eKerajaan di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Hajar Mohd Idris, Hasmiah Kasimin, Zulridah Md Noor, Noraidah Sahari
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6344/1/jeko_47-1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6344/
http://www.ukm.my/fep/jem/content/2012-2.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian lepas menunjukkan tahap kepuasan yang rendah menjadi salah satu sebab mengapa perkhidmatan eKerajaan tidak dapat dioptimumkan. Dengan menggunakan pendekatan model integrasi, kajian ini mengenalpasti faktor yang mempengaruhi secara signifikan tahap kepuasan pengguna perkhidmatan eKerajaan di Malaysia. Berdasarkan data 949 responden yang ditemubual di Negeri Selangor, pemodelan persamaan berstruktur (SEM) mendapati ketepatan padanan adalah tinggi bagi model yang dibentuk. Model ini meleraikan tahap kepuasan kepada dua kategori iaitu tahap kepuasan terhadap maklumat dan tahap kepuasan terhadap sistem. Konstruk kualiti maklumat diukur dengan 4 item manakala kualiti sistem diukur dengan 5 item. Wujud hubungan berstruktur yang positif dan signifikan antara kualiti maklumat dengan tahap kepuasan maklumat yang diberikan, kualiti sistem dengan tahap kepuasan terhadap sistem dan antara kualiti sistem dan kualiti maklumat yang diberikan. Tahap kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan boleh diambil sebagai satu indikator prestasi yang baik. Lompangan antara apa yang disediakan dan apa yang diperlukan mampu diperhalusi supaya penggunaan perkhidmatan ini berterusan meningkat dikalangan rakyat.