Analisis perbandingan persepsi majikan sektor awam dan swasta terhadap prestasi graduan UKM

Persaingan dalam mendapatkan pekerjaan dalam kalangan graduan masa kini telah menjadi semakin sengit kesan daripada proses globalisasi dan penawaran tenaga kerja graduan yang semakin meningkat. Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak terkecuali daripada menghadapi situasi ini, lebih-leb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ishak Yussof, Rahmah Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6346/1/jeko_47-1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6346/
http://www.ukm.my/fep/jem/content/2012-2.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Persaingan dalam mendapatkan pekerjaan dalam kalangan graduan masa kini telah menjadi semakin sengit kesan daripada proses globalisasi dan penawaran tenaga kerja graduan yang semakin meningkat. Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak terkecuali daripada menghadapi situasi ini, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan pesaing di peringkat antarabangsa dalam mendapatkan pekerjaan sektor swasta. Majikan kini lebih suka mengambil pekerja ‘ready made’ dalam ertikata tidak perlu mengeluarkan kos latihan pekerja. Ini menjadi satu kekangan besar kepada graduan kerana ilmu yang ditimba mungkin tidak sampai ke peringkat yang diperlukan majikan terutamanya pekerjaan dalam sektor swasta yang memerlukan kemahiran yang dinamik. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan menganalisis perbezaan persepsi majikan sektor awam dan swasta terhadap graduan UKM. Secara lebih spesifik, makalah ini bertujuan menganalisis sejauhmana persepsi majikan sektor swasta terhadap graduan UKM berbeza dengan majikan sektor awam. Hakikatnya, sektor swasta merupakan penyedia tenaga kerja terbesar dan kegagalan memasuki sektor ini boleh membawa kepada peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan graduan. Hasil kajian ini mendapati persepsi majikan awam adalah lebih tinggi daripada majikan swasta dalam kesemua atribut graduan yang dikaji. Faktor lain yang mempengaruhi persepsi majikan terhadap graduan UKM termasuklah kaum, sektor, status pekerjaan dan pengalaman kerja responden/majikan.