Pengenalpastian mikroflora bakteria selain Bacillus sp. dari Kolam Air Panas Bentong, Pahang, Malaysia

Suatu kajian mengenai pemencilan dan pengenalpastian mikroflora bakteria dari kolam air panas telah dilakukan di kolam air panas Bentong, Pahang. Kebanyakan bakteria yang dipencil dari kolam air panas adalah dari Bacillus sp. kerana ia mempunyai ciri adaptasi yang membolehkannya hidup di kawasan suh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Hamid Abdul Aziz, Nur Fariza Mat Reffin, Mohamed Kamel Abd Ghani, Hing, Hiang Lian, Ahmad Zorin Sahalan
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm 2012
Subjects:
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6369/1/53-55.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6369/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Suatu kajian mengenai pemencilan dan pengenalpastian mikroflora bakteria dari kolam air panas telah dilakukan di kolam air panas Bentong, Pahang. Kebanyakan bakteria yang dipencil dari kolam air panas adalah dari Bacillus sp. kerana ia mempunyai ciri adaptasi yang membolehkannya hidup di kawasan suhu yang tinggi dengan pembentukan endospora. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti spesies bakteria selain daripada spesies Bacillus sp. yang boleh dipencilkan dari kolam air panas. Tiga buah kolam air panas (A, B dan C) dikenal pasti dengan julat suhunya antara 36°C-52°C dan nilai pH antara 7.88-8.65. Kajian ini telah berjaya memencilkan dua pencilan bakteria kokus Gram positif dan tiga spesies basilus Gram negatif. Spesies Gram positif tersebut adalah dari genus Streptococcus dan Staphylococcus, manakala bagi Gram negatif pula terdapat masalah dalam pengenalpastian dan hanya dikenali sebagai X, XI and XII.