Pengaruh faktor psikososial ke atas penghayatan akhlak Islam dalam kalangan belia Institusi Pengajian Tinggi Awam terpilih di Malaysia

Belia adalah aset negara dan menjadi tunggak pembangunan masa depan negara. Walau bagaimanapun, dengan berlakunya pelbagai permasalahan sosial dalam kalangan belia di negara ini, usaha Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 tentunya menjadi sukar. Kajian ini bertujuan menentukan s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rohana Tan, Norhasni Zainal Abiddin, Azimi Hamzah, Fathiyah Mohd Fakhruddin
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Perkembangan Pelajar ,U.K.M 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6795/1/55.DOC
http://journalarticle.ukm.my/6795/
http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/?page_id=12
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Belia adalah aset negara dan menjadi tunggak pembangunan masa depan negara. Walau bagaimanapun, dengan berlakunya pelbagai permasalahan sosial dalam kalangan belia di negara ini, usaha Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 tentunya menjadi sukar. Kajian ini bertujuan menentukan sumbangan faktor psikososial melibatkan pendidikan keagamaan tidak formal bersama ibu bapa, pertautan ibu bapa dan pertautan rakan sebaya ke atas penghayatan akhlak Islam belia institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terpilih di Malaysia. Pemilihan sampel dalam kajian ini dilakukan secara rawak berstarta melibatkan 403 sampel daripada kalangan pelajar prasiswazah berusia antara 19 hingga 25 tahun dan berada dalam tahun pertama pengajian di universiti. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 20. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara pendidikan keagamaan oleh ibu bapa (r=.45, p=.000), pertautan ibu bapa (r=.40, p=.000) dan pertautan rakan sebaya (r=.29, p=.000) dengan penghayatan akhlak Islam. Hasil analisis Regresi Berganda mendapati pendidikan keagamaan menyumbang sebanyak 20.0 peratus terhadap penghayatan akhlak Islam, pertautan ibu bapa menyumbang sebanyak 4.3 peratus kepada penghayatan akhlak Islam, manakala pertautan rakan sebaya hanya menyumbang sebanyak 1.6 peratus kepada penghayatan akhlak Islam. Penemuan kajian ini diharap memberi input kepada agensi-agensi yang terlibat dengan pembangunan belia supaya mengambil kira faktor psikososial dalam program pembangunan belia.