Persepsi terhadap pembelajaran interprofesion di kalangan pelajar prasiswazah Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Pembelajaran interprofesion (IPL) berlaku apabila pelajar dalam institusi yang terdiri daripada dua atau lebih bidang pengajian yang berbeza belajar bersama dan berkongsi pengetahuan mengenai profesion yang berbeza. IPL dipercayai mampu meningkatkan kerjasama di antara profesion yang berbeza selep...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
penerbit ukm
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6836/1/Persepsi_Terhadap_Pembelajaran_Interprofesion.pdf http://journalarticle.ukm.my/6836/ http://ejournal.ukm.my/jskm/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pembelajaran interprofesion (IPL) berlaku apabila pelajar dalam institusi yang terdiri daripada dua atau lebih bidang
pengajian yang berbeza belajar bersama dan berkongsi pengetahuan mengenai profesion yang berbeza. IPL dipercayai
mampu meningkatkan kerjasama di antara profesion yang berbeza selepas para pelajar tamat pengajian. Objektif
kajian ini adalah membanding persepsi pelajar antara profesion yang berbeza. Responden terdiri daripada pelajar
sebelas bidang profesion yang berbeza iaitu Perubatan, Kejururawatan, Pergigian, Farmasi, Terapi Carakerja, Dietetik,
Audiologi, Sains Pertuturan, Fisioterapi, Optometri dan Pengimejan Diagnostik & Radioterapi (PDR). Responden dipilih
secara rawak mewakili setiap tahun pengajian bagi setiap profesion untuk mengisi borang kaji selidik yang disediakan.
Sebanyak 330 borang kaji selidik yang telah dikembalikan daripada 367 secara keseluruhan atau 90%. Daripada
keputusan ANOVA sehala, kesemua profesion tidak menunjukkan persepsi yang berbeza secara bereerti dalam subskala
pengetahuan (p = 0.11), amalan kerja berpasukan dan kerjasama (p = 0.23) dan kaedah memulakan IPL (p = 0.61).
Walau bagaimanapun, subskala identiti professional dan kesediaan pendidikan interprofesion menunjukkan nilai yang
bererti (p < 0.05). Daripada ujian post-hoc Turkey, didapati hanya pelajar Fisioterapi menunjukkan purata skor yang
lebih tinggi (M = 4.35 ± 0.54) daripada pelajar Sains Pertuturan (M = 3.75 ± 0.59) dalam subskala identiti profesional
manakala bagi subskala kesediaan pelajar untuk pendidikan interprofesion, hanya pelajar Fisioterapi mempunyai skor
yang lebih tinggi (M = 4.15 ± 0.82) daripada pelajar Pengimejan Diagnostik & Radioterapi (M = 3.25 ± 0.83). Keputusan
ujian T tidak bersandar mendapati bahawa pelajar bersetuju supaya IPL dilaksanakan di awal tahun pengajian dengan
purata skor (M = 3.53 ± 1.029) untuk tahun 1 dan 2 pengajian berbanding (M = 3.34 ± 1.089) untuk tahun 3 hingga 5
pengajian. Hasil kajian menunjukkan pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap IPL berdasarkan nilai purata
skor yang diperoleh iaitu melebihi 3.0 ke atas. |
---|