Sikap mahasiswa UKM terhadap bahasa Jepun:satu kajian kes
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sikap terhadap bahasa Jepun sebagai bahasa asing dalam kalangan mahasiswa Malaysia khususnya yang mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini mengukur tujuh jenis tahap sikap serta menerangkan perhubungannya berasa...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7004/1/5595-13532-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/7004/ http://ejournal.ukm.my/gema/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sikap terhadap bahasa Jepun sebagai bahasa asing dalam kalangan mahasiswa Malaysia khususnya yang mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini mengukur tujuh jenis tahap sikap serta menerangkan perhubungannya berasaskan model sosiopendidikan yang dikemukakan oleh Gardner (2001). Metodologi kajian yang diguna pakai adalah berbentuk kuantitatif. Data kajian diperolehi melalui kaedah soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya responden menunjukkan sikap positif terhadap bahasa Jepun disebabkan jarak sosial yang rapat serta stereotaip etnobudaya yang positif terhadap negara dan masyarakat Jepun. Sikap yang positif terhadap masyarakat antarabangsa serta persepsi yang positif terhadap golongan sasaran membentuk orientasi integratif yang lebih positif berbanding orientasi instrumental. Kedua-dua orientasi integratif dan instrumental mempengaruhi sikap terhadap pembelajaran bahasa Jepun. Apabila perbandingan dijalankan, terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina dan bangsa, tetapi tiada berdasarkan aliran pengajian. Pelajar perempuan mempunyai orientasi integratif yang lebih positif berbanding pelajar lelaki kerana pelajar perempuan lebih menunjukkan minat terhadap komunikasi dengan orang Jepun serta budaya tradisional Jepun. Dari sudut bangsa, pelajar Cina bersikap lebih positif terhadap ciri bahasa Jepun disebabkan banyak ciri persamaan antara bahasa Jepun dengan bahasa ibunda mereka. Manakala, pelajar Melayu menunjukkan kedua-dua orientasi integratif dan instrumental yang lebih positif. Ini kerana pelajar Melayu lebih cenderung untuk meneroka dunia yang baru serta mempercayai manfaat menguasai bahasa Jepun. Sebagai kesimpulannya, mahasiswa Malaysia khususnya di UKM bersikap positif terhadap bahasa Jepun, dan seterusnya menunjukkan motivasi untuk mempelajari bahasa Jepun. |
---|