Pembentukan kerajaan awal di Nusantara antara Abad I masihi hingga 5 masihi berdasarkan sumber bertulis dan data arkeologi

Sumber Yunani pernah menyebut dalam catatannya bahawa ketika di pelabuhan di India, penulisnya sedar dengan kehadiran segerombolan kapal-kapal dan i Nusantara menuju ke India membawa kargo-kargo yang banyak untuk didagangkan di India pada awal abad Masihi lagi. Hal ini menunjukkan dengan jelas sejak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zuliskandar Ramli, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Norlelawaty Haron, Mohd. Rohaizat Abdul Wahab, Adnan Jusoh
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, UKM, Bangi 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7087/1/Fast_Color_scan_to_a_PDF_file_6.Doc_%5BCompatibility_Mode%5D.docx
http://journalarticle.ukm.my/7087/
http://archaeo.web44.net/jam.htm
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Sumber Yunani pernah menyebut dalam catatannya bahawa ketika di pelabuhan di India, penulisnya sedar dengan kehadiran segerombolan kapal-kapal dan i Nusantara menuju ke India membawa kargo-kargo yang banyak untuk didagangkan di India pada awal abad Masihi lagi. Hal ini menunjukkan dengan jelas sejak awal abad Masihi lagi sudah wujud kerajaan-kerajaan Melayu yang berasaskan kepada kerajaan maritim dan dipercayai mempunyai sistem politik clan sosio-budaya yang maju dan tersusun serta jaringan perdagangan dengan masyarakat antarabangsa. Lokasi dan nama kerajaan-kerajaan awal ini diperoleh daripada sumber China yang pada mulanya amat sukar dikenal-pasti lokasi sebenar kerajaan ini oleh kerajaan ini oleh sarjana-sarjana yang cuba menterjemahkan kerana pelbagai dialek yang ada. Antara kerajaan-kerajaan maritim awal yang wujud adalah seperti Funan dan Lin-} (Champa) yang terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam, Pan-Pan dan Tun-Sun di utara Semenanjung Malaysia, Langkasuka dan Kataha di Semenanjung Malaysia, Chih-tu yang mana lokasinya masih menjadi perdebatan tetapi dipercayai terletak di Tanah Merah, Kelantan, Kiu-Li (Pahang), Barusai (Barus), Ko-Ying juga masih menj adi perdebatan lokasinya tetapi dipercayai terletak di barat Jawa, Si-Tiou di pesisir bahagian tengah Jawa, Poll sama ada di Bali atau bahagian timur Jawa, P 'u-lo-chung berkemungkinan di Sarawak atau Brunei, Chu-po di pesisiran timur Sabah dan Kutei di Kalimantan. Kerajaan¬kerejaan awal ini muncul kerana perdagangan yang wujud dengan Funan yang pada masa itu muncul sebagai sebuah kuasa politik- dan ekonomi yang kuat. Faktor lain ialah perdagangan yang amat aktif antara Empayar Rom dengan India pada awal abad Masihi dan berterusan sehingga abad ke 3 Masihi. Situasi ini digunakan sebaik mungkin oleh pedagang-pedagang Melayu di Nusantara dengan terlibat secara langsung ataupun sebagai orang tengah dalam pola perdagangan di Funan dan India.