Kesan persekitaran fizikal ke atas keterlibatan komuniti Iban dalam program pembangunan di rumah panjang: suatu pemerhatian awal
Keterlibatan penduduk luar bandar dalam program pembangunan adalah elemen penting yang menyumbang kepada keberhasilan program yang diimplementasikan oleh agensi kerajaan. Walau bagaimanapun, kerelaan penduduk setempat untuk melibatkan diri dalam program pembangunan yang diadakan kerap kali terjeja...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7136/1/11a.geografia-apr2014-kwok_etal-edkatam.pdf http://journalarticle.ukm.my/7136/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Keterlibatan penduduk luar bandar dalam program pembangunan adalah elemen penting yang menyumbang kepada
keberhasilan program yang diimplementasikan oleh agensi kerajaan. Walau bagaimanapun, kerelaan penduduk
setempat untuk melibatkan diri dalam program pembangunan yang diadakan kerap kali terjejas akibat faktor
persekitaran di tempat tinggal mereka sehingga menghambat mereka daripada mengambil bahagian dalam aktivitiaktiviti
pembangunan. Artikel ini menghujahkan bahawa persekitaran fizikal di sekitar kawasan petempatan
penduduk luar bandar adalah elemen yang memberi kesan ke atas keterlibatan mereka dalam program pembangunan
yang telah direncanakan oleh agensi pelaksana. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian ini ialah untuk
meneliti kesan persekitaran fizikal ke atas keterlibatan komuniti Iban dalam program pembangunan di rumah
panjang. Pemerhatian awal menggunakan satu set borang soal selidik ini telah dijalankan di Daerah Song, Sarawak.
Sampel kajian terdiri daripada 260 orang ketua isi rumah di rumah panjang yang dipilih menerusi tiga tahap
prosedur persampelan rawak. Data yang dikumpulkan kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package for the Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua komuniti Iban di
rumah panjang yang terlibat dalam kajian ini sependapat yang keadaan persekitaran fizikal iaitu bentuk bumi dan
lokaliti serta sungai di kawasan kajian telah memberi kesan ke atas keterlibatan mereka dalam program
pembangunan yang diadakan di rumah panjang. |
---|