Pelancongan mapan berasaskan komuniti (CBT) melalui program homestay di Sabah, Malaysia
Program homestay adalah salah satu aktiviti pelancongan yang berasaskan kepada penglibatan komuniti yang mempunyai potensi untuk berkembang dan membangunkan masyarakat luar bandar. Untuk menjayakan program ini, pihak yang terlibat khususnya pengusaha homestay harus mengenal pasti langkah yang bole...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7473/1/13ok.geografia-julai14-rosazman%26velan-edkatam1.pdf http://journalarticle.ukm.my/7473/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Program homestay adalah salah satu aktiviti pelancongan yang berasaskan kepada penglibatan komuniti yang
mempunyai potensi untuk berkembang dan membangunkan masyarakat luar bandar. Untuk menjayakan
program ini, pihak yang terlibat khususnya pengusaha homestay harus mengenal pasti langkah yang boleh
memberi kepuasan pelancong dan pada masa yang sama bermanfaat kepada mereka. Kepuasan pelancong harus
diberi perhatian supaya program homestay dapat dikekalkan dan bersifat berterusan bagi jangka masa yang
panjang. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis tahap kepuasan pelancong domestik di
Kampung Mesilou Kundasang, Sabah terhadap mutu perkhidmatan homestay. Kepuasan diukur berdasarkan
analisis min bagi pelancong domestik yang berkunjung ke program homestay tersebut. Pendekatan penyelidikan
kuantitatif ini telah diaplikasikan dalam kajian ini, iaitu penggunaan kaedah temu bual bersemuka dengan
menggunakan borang kaji selidik ke atas 85 orang pelancong domestik. Kaedah temu bual secara mendalam dan
pemerhatian turut dilaksanakan bersama dengan pihak berkepentingan (stakeholders) dalam program homestay
tersebut bagi mendapatkan maklumat tambahan. Hasil kajian menunjukkan kesemua pelancong domestik
berpuas hati terhadap kemudahan, tahap keselamatan dan perkhidmatan yang disediakan program homestay
sebagaimana ditunjukkan oleh nilai min kepuasan antara 4.193-4.4157. Penemuan ini menunjukkan tahap
kepuasan pelancong domestik terhadap ketiga-tiga elemen berada dalam zon berpuas hati. Kajian ini penting
kepada pihak berkepentingan dalam program homestay khususnya kepada pengusaha agar mereka mengetahui
keinginan para pelancong domestik. |
---|