Hikayat melayu @ Sejarah Melayu “Long Version” versi Tengku Said: satu kajian teks sastera sejarah
Teks Hikayat Melayu adalah teks sastera sejarah yang lahir pada abad ke-19. Teks Hikayat Melayu versi Tengku Said dalam kajian ini juga dikenali sebagai Sejarah Melayu versi Panjang atau Long Version. Objektif utama kajian adalah untuk melihat hukum kepengarangan Melayu abad ke-19. Sastera sebaga...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7559/1/03.pdf http://journalarticle.ukm.my/7559/ http://www.ukm.my/j-melayu/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Teks Hikayat Melayu adalah teks sastera sejarah yang lahir pada abad ke-19. Teks
Hikayat Melayu versi Tengku Said dalam kajian ini juga dikenali sebagai Sejarah Melayu
versi Panjang atau Long Version. Objektif utama kajian adalah untuk melihat hukum
kepengarangan Melayu abad ke-19. Sastera sebagai produk sosial bermakna karya boleh
difahami dari sudut perspektif sosiologikal. Kajian ini bertitik tolak daripada persoalan
yang dikemukakan oleh Ken Plummer (1997) dalam bukunya Studying Culture: An
Introductory Reader. Di antara persoalan yang disesuaikan dalam kajian ini adalah “the
nature of stories” iaitu melihat tema Hikayat Melayu dan signifikannya, ia menjurus
kepada jenis tema dan tujuan tema tersebut ditulis oleh penulis. Persoalan kedua ialah
“the making of stories” yang disesuaikan sebagai kajian teks dan lapangan sosio budaya,
yang melihat mengapa Hikayat Melayu itu dikarang, bagaimana cerita tersebut boleh
membentuk masyarakat dan adakah Hikayat Melayu cuba mengesahkan kekuatan rajanya
atau cuba mengukuhkan institusi raja atau menentang institusi raja. Rumusan di akhirnya
ialah, walaupun Hikayat Melayu lahir pada abad ke-19 namun teks ini masih
mengesahkan kehadirannya dengan merujuk kepada sumber tradisi Sejarah Melayu atau
Kanon dan masih lagi berada dalam lingkungan teks sastera sejarah. |
---|