Pengurusan efluen perindustrian dari perspektif undang-undang

Fungsi utama sungai sebagai sumber air bagi kehidupan manusia semakin terjejas berpunca daripada pencemaran yang berlaku akibat aktiviti manusia. Masalah ini juga semakin ketara dengan bertambahnya kilang-kilang perindustrian yang menghasilkan sisa-sisa buangan yang dirujuk sebagai efluen perindus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Harlida Abdul Wahab, Nurli Yaacob
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7574/1/7125-18231-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/7574/
http://ejournal.ukm.my/pengurusan/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Fungsi utama sungai sebagai sumber air bagi kehidupan manusia semakin terjejas berpunca daripada pencemaran yang berlaku akibat aktiviti manusia. Masalah ini juga semakin ketara dengan bertambahnya kilang-kilang perindustrian yang menghasilkan sisa-sisa buangan yang dirujuk sebagai efluen perindustrian. Kertas ini membincangkan kaedah pengurusan sungai melalui pendekatan undang-undang. Penulis menganalisis mekanisme perundangan yakni peruntukan undangundang berkaitan dengan pencemaran sungai akibat daripada pelepasan sisa atau efluen perindustrian. Sebagai salah satu mekanisme yang mampu mengawal dan mengatasi masalah pencemaran sungai, undang-undang yang dibincangkan adalah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Skop perbincangan mengkhusus kepada peruntukan berhubung dengan kawalan pencemaran hasil pelepasan efluen oleh kilang-kilang industri ke sungai. Selain itu, perbincangan dan beberapa cadangan penambahbaikan dikemukakan dalam bahagian kesimpulan.