Kesan kepercayaan epistemologi Islam terhadap pembentukan konsep kendiri guru Pendidikan Islam

Kertas kerja ini bertitik tolak daripada tanggungjawab besar yang dipikul oleh seorang Guru Pendidikan Islam dalam membentuk akhlak pelajar. Bagi melunaskan tanggungjawab ini, Guru Pendidikan Islam perlu meletakkan diri mereka sebagai model contoh kepada para pelajarnya. Justeru, keyakinan, persep...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Asiah Fasehah Muhamad, Mohd Isa Hamzah, Ab. Halim Tamuri
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7828/1/56.pdf
http://journalarticle.ukm.my/7828/
http://www.ukm.my/jiae/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kertas kerja ini bertitik tolak daripada tanggungjawab besar yang dipikul oleh seorang Guru Pendidikan Islam dalam membentuk akhlak pelajar. Bagi melunaskan tanggungjawab ini, Guru Pendidikan Islam perlu meletakkan diri mereka sebagai model contoh kepada para pelajarnya. Justeru, keyakinan, persepsi serta penilaian positif terhadap diri perlu diterapkan dalam minda GPI. Hal ini demikian kerana konsep diri yang terbina daripada ketiga-tiga perkara ini akan mencetuskan amalan atau tingkah laku seiring dengan apa yang dipercayai. Namun, krisis dualisme dan sekularisme yang mengakibatkan pemecahan kesepaduan ilmu antara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah meletakkan Pendidikan Islam sebagai satu subjek yang kurang pentingnya dan sempit skopnya. Hal ini demikian dilihat mungkin memberi kesan kepada pembentukan kendiri positif GPI. Justeru, bagi menyediakan dan mengembalikan konsep diri GPI pada tahapnya, kepercayaan espitemologi Islam perlu kukuh dalam sanubari GPI. Kepercayaan ini akan membentuk satu tasawur keilmuan yang luas mengikut acuan Islam yang sebenar. Tasawur ini kemudiannya akan memangkin kepada pembentukan konsep kendiri positif dalam diri GPI di mana konsep ini penting bagi mencetus amalan-amalan positif. Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat bagaimana kepercayaan espitemologi Islam dapat membantu pembentukan kendiri seorang pendidik terutama Guru Pendidikan Islam.