Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 di Malaysia: suatu analisis ‘tsunami politik bandar’

Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 2013 merupakan PRU paling sengit dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia dan disifatkan sebagai ‘ibu’ kepada kesemua 13 PRU yang telah diadakan di negara ini. Walaupun dalam PRU ke-13 ini BN berjaya mengekalkan status quo di peringkat nasional dengan memenang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali, Mohd Azlan Abdullah, Mazlan Ali, Ahmad Rizal Mohd Yusof
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7837/1/3a.paper-junaidi.pdf
http://journalarticle.ukm.my/7837/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 2013 merupakan PRU paling sengit dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia dan disifatkan sebagai ‘ibu’ kepada kesemua 13 PRU yang telah diadakan di negara ini. Walaupun dalam PRU ke-13 ini BN berjaya mengekalkan status quo di peringkat nasional dengan memenangi 133 kerusi Parlimen dan 275 kerusi DUN namun mengalami penurunan penguasaan jumlah kerusi di kedua-dua perwakilan tersebut. BN juga seterusnya gagal mendapat majoriti dua pertiga kerusi Parlimen selain tumpas di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Lebih menarik apabila Pakatan Rakyat (PR), iaitu gabungan parti PKR, DAP dan PAS, berjaya menguasai 12 daripada 14 kerusi Parlimen di kawasan bandar ibu negeri. Fenomena ini digelar ‘tsunami politik bandar’. Justeru itu, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis faktor yang menyebabkan berlakunya ‘tsumani politik bandar’ dalam PRU 2013 di Malaysia. Analisis data keputusan PRU 2004, 2008 dan 2013 menunjukkan bahawa ‘tsunami politik bandar’ berlaku disebabkan oleh faktor akses pengundi bandar kepada sumber maklumat politik daripada media alternatif seperti facebook, twitter, laman web, blog dan juga SMS di samping faktor sokongan padu pengundi etnik Cina bandar dan sokongan golongan profesional dan pengundi muda kepada PR. Kos sara hidup yang tinggi dan manifesto PR yang berjanji mahu menurunkan harga bahan api, menurunkan harga kereta, mewujudkan pentadbiran yang lebih adil dan telus juga menjadi faktor kemenangan PR dalam PRU ke-13 di kawasan bandar.