Kesan tahap realistik karakter animasi talking-head ke atas emosi dan prestasi pelajar : satu kajian awal
Animasi talking-head merupakan animasi arahan yang mampu membantu pembelajaran kemahiran sebutan sesuatu perkataan secara betul dan tepat. Namun, kesilapan dalam penggunaan karakter animasi memberi kesan negatif kepada pelajar. Kajian ini memfokus kepada isu Uncanny Valley yang dapat memberi kesan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7921/1/6264-19035-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/7921/ http://www.ftsm.ukm.my/apjitm/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Animasi talking-head merupakan animasi arahan yang mampu membantu pembelajaran kemahiran sebutan sesuatu
perkataan secara betul dan tepat. Namun, kesilapan dalam penggunaan karakter animasi memberi kesan negatif
kepada pelajar. Kajian ini memfokus kepada isu Uncanny Valley yang dapat memberi kesan kepada emosi pelajar
akibat daripada karakter animasi yang hampir menyerupai manusia. Justeru, kajian ini menilai penggunaan animasi
talking-head yang berbeza tahap realistik terhadap pembelajaran sebutan perkataan di Kolej Komuniti. Penilaian
keberkesanan animasi ini diukur melalui ujian sebutan dan ujian emosi mengguna soal selidik AEQ. Empat perisian
animasi talking-head dengan tahap realistik berbeza dibangun untuk diuji dan setiap perisian tersebut dipelajari secara
kendiri oleh sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 20 orang. Jumlah keseluruhan sampel ialah 80 orang terdiri
daripada pelajar di empat buah kolej komuniti di Perak. Ujian statistik deskriptif seperti nilai min, sisihan piawai dan
peratus diguna bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan perisian animasi talking-headtiga
dimensi tidak realistik (3D-TR) memperoleh peratusan tertinggi dari sudut emosi dan prestasi sebutan pelajar
manakala perisian animasi talking-head tiga dimensi realistik (3D-R) memperoleh peratusan terendah dari kedua-dua
aspek tersebut. Justeru, penggunaan karakter animasi tiga dimensi talking-head yang tidak realistik merupakan tahap
realistik yang terbaik untuk membentuk emosi yang positif seterusnya berpotensi meningkat prestasi pelajar. |
---|