Kaedah penyelesaian kemungkiran kontrak (default payment) dalam Islam: sorotan literatur

Permasalahan kemungkiran kontrak dalam pembiayaan hutang dilihat semakin meningkat sejajar dengan perkembangan pesat sistem kewangan Islam di Malaysia. Pihak perbankan telah mengambil pelbagai kaedah yang sesuai untuk menangani permasalahan ini. Namun, timbul persoalan berkaitan asas penilaian sesua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norwajia Umi Ismail, Mat Noor Mat Zin, Salmy Edawati Yaacob
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8013/1/7004-17872-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8013/
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Permasalahan kemungkiran kontrak dalam pembiayaan hutang dilihat semakin meningkat sejajar dengan perkembangan pesat sistem kewangan Islam di Malaysia. Pihak perbankan telah mengambil pelbagai kaedah yang sesuai untuk menangani permasalahan ini. Namun, timbul persoalan berkaitan asas penilaian sesuatu kemungkiran kontrak dan adakah wujud kaedah-kaedah lain selain ganti rugi untuk membantu institusi kewangan Islam menangani masalah kemungkiran ini. Justeru, kertas kerja ini menyoroti kajian lepas berkaitan dengan permasalahan kemungkiran kontrak. Analisis literatur dilakukan untuk menilai semula konsep kemungkiran kontrak dan mengenalpasti kaedah penyelesaiannya menurut pandangan Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian kepustakaan. Hasil sorotan literatur ini mendapati bahawa masalah kemungkiran kontrak sering terjadi apabila berlakunya perlanggaran hak dan syarat. Sebahagian masalah kemungkiran kontrak juga dapat ditangani melalui penggunaan beberapa kaedah dan kontrak sokongan. Maka, satu kajian untuk membentuk kaedah dan mekanisme penyelesaian kemungkiran kontrak berasaskan prinsip Islam perlu dibangunkan. Ini adalah supaya perjalanan sistem kewangan dan perbankan Islam akan lebih telus dan harmoni.