Kesan dasar makroekonomi kepada pelancongan di Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kewujudan hubungan antara pelancongan, pertumbuhan dan dasar makroekonomi di Malaysia. Untuk tujuan tersebut ujian kointegrasi berasaskan struktur autoregrasi lat bertabur (ARDL) digunakan. Pemboleubah yang digunakan ialah pertumbuhan (KDNK), kadar pertukaran be...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8089/1/5572-13410-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/8089/ http://ejournal.ukm.my/jem/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kewujudan hubungan antara pelancongan, pertumbuhan dan dasar makroekonomi
di Malaysia. Untuk tujuan tersebut ujian kointegrasi berasaskan struktur autoregrasi lat bertabur (ARDL) digunakan.
Pemboleubah yang digunakan ialah pertumbuhan (KDNK), kadar pertukaran benar efektif (REER) perbelanjaan kerajaan
(EXPM) dan krisis ekonomi (CR). Data tahun 1980 hingga 2009 bagi 10 buah negara terpilih iaitu Brunei, Thailand,
Indonesia, United Kingdom, Amerika Syarikat (USA), Singapura, Jepun, India, Australia dan China digunakan. Hasil
kajian mendapati bahawa ujian punca unit Augmented Dickey Fuller (ADF) bagi semua pemboleh ubah adalah pegun
pada tahap paras I(0) atau pembezaan pertama I(1). Ujian kointegrasi menunjukkan wujud hubungan jangka panjang
antara semua negara. Kadar pertukaran benar REER merupakan pemboleh ubah yang sangat penting mempengaruhi
ketibaan pelancong berbanding pemboleh ubah lain seperti EXPM. EXPM umpamanya hanya signifikan mempengaruhi
ketibaan pelancong bagi beberapa buah negara iaitu Australia, Brunei, Singapura, Thailand dan United Kingdom. Jika
dibandingkan antara negara pula didapati setiap negara memperoleh keputusan yang berbeza. Australia umpamanya
didapati tiga pemboleh ubah penting yang mempengaruhi ketibaan pelancong ialah KDNK, EXPM dan REER, manakala
bagi negara Brunei dan United Kingdom hanya satu pemboleh ubah yang penting mempengaruhi ketibaan pelancong
iaitu EXPM. Negara China dan Amerika Syarikat pula menunjukkan hubungan yang signifikan bagi pemboleh ubah
KDNK, REER dan CR. |
---|