Pematuhan industri pembuatan terhadap peraturan alam sekitar di Utara Semenanjung Malaysia

Pencemaran air dari sisa kumbahan industri merupakan satu isu alam sekitar yang memberi kesan kepada Malaysia dari segi kualiti alam sekitar. Walau pun negara ini telah melaksanakan pelbagai peraturan pencegahan pencemaran, masalah ini masih tidak dapat diselesaikan dan syarikat-syarikat yang berk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nasir Nawawi, Jamal Ali, Lim, Hock Eam
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8123/1/7270-18725-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8123/
http://ejournals.ukm.my/jem/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pencemaran air dari sisa kumbahan industri merupakan satu isu alam sekitar yang memberi kesan kepada Malaysia dari segi kualiti alam sekitar. Walau pun negara ini telah melaksanakan pelbagai peraturan pencegahan pencemaran, masalah ini masih tidak dapat diselesaikan dan syarikat-syarikat yang berkaitan masih mencemar alam sekitar. Oleh itu adalah penting untuk memahami mengapa peraturan yang dibuat tidak berkesan dan berusaha mencari penyelesaian untuk memperbaiki keadaan tersebut. Kelakuan pematuhan industri terhadap peraturan alam sekitar bukan sahaja penting untuk melindungi alam sekitar dan ekosistem, malahan memberi gambaran kepada kredibiliti peraturan itu sendiri dan agensi penguatkuasa. Model ekonometrik digunakan untuk menganggar keputusan melanggar peraturan oleh pemilik dan pengurus dalam industri makanan, tekstil dan kertas di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Kajian mendapati walaupun peraturan berjaya menyedarkan kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan peniaga, ia kurang berjaya mengurangkan pencemaran sisa kumbahan. Kajian juga mendapati peniaga mengetahui isu berkaitan perlindungan alam sekitar. Walau bagaimanapun pematuhan peraturan alam sekitar di kalangan mereka bukan satu yang diutamakan. Secara keseluruhan kos rawatan dan kebarangkalian diperiksa mempengaruhi gelagat kepatuhan peniaga. Kajian mencadangkan pemberian insentif cukai dalam pembelian alatan rawatan sisa kumbahan dan kekerapan aktiviti pemeriksaan ke atas kilang yang terlibat boleh meningkatkan kepatuhan.