Penggunaan peta minda oleh pelajar pintar cerdas dalam pembelajaran Sejarah
Kajian ini meninjau sikap pelajar pintar cerdas terhadap penggunaan peta minda dalam pembelajaran Sejarah di sekolah. Aspek sikap yang dinilai adalah dari segi kepentingan peta minda dan sejauh mana peta minda digunakan dalam pembelajaran Sejarah. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan yang melibatk...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
penerbit ukm
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8385/1/Chap2.pdf http://journalarticle.ukm.my/8385/ http://ejournal.ukm.my/jpend/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini meninjau sikap pelajar pintar cerdas terhadap penggunaan peta minda dalam pembelajaran Sejarah di sekolah. Aspek sikap yang dinilai adalah dari segi kepentingan peta minda dan sejauh mana peta minda digunakan dalam pembelajaran Sejarah. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan yang melibatkan dua tahap pungutan data. Pada tahap pertama, satu set soal selidik diedar kepada 30 orang pelajar pintar cerdas di sebuah sekolah pintar di Malaysia. Kemudian, temu bual individu dilakukan kepada lima orang pelajar sebagai memahami penggunaan peta minda dalam pembelajaran Sejarah. Data kuantitatif dianalisis dengan memfokuskan kepada statistik deskripsi, manakala data temu bual dianalisis secara manual dan bebas oleh dua orang pengekod (coders). Dapatan kajian menunjukkan bahawa para pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap kepentingan peta minda dalam pembelajaran Sejarah, namun tidak semua pelajar menggunakannya dalam mengulang kaji pelajaran. Pelajar juga menyatakan yang mereka sukar memahami peta minda yang dibina pihak lain. Hal ini menunjukkan bahawa keberkesanan peta minda dalam pembelajaran Sejarah lebih bersifat kreativiti individu. Implikasi kepada proses pengajaran mata pelajaran Sejarah turut dibincangkan dalam artikel ini. |
---|