Penerapan komunikatif dalam pengajaran bahasa Melayu: kajian kes guru cemerlang
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti bagaimanakah amalan komunikatif berdasarkan prinsip komunikatif Littlewood telah diterapkan dalam pengajaran bahasa Melayu oleh guru cemerlang. Subjek kajian merupakan seorang guru cemerlang bahasa Melayu sekolah rendah di negeri Terengganu yang berpen...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8571/1/7996-20836-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/8571/ http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/604 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti bagaimanakah amalan komunikatif
berdasarkan prinsip komunikatif Littlewood telah diterapkan dalam pengajaran bahasa
Melayu oleh guru cemerlang. Subjek kajian merupakan seorang guru cemerlang bahasa
Melayu sekolah rendah di negeri Terengganu yang berpengalaman selama 25 tahun. Pengkaji
menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan melakukan pencerapan terhadap
pengajaran guru cemerlang. Pengkaji turut melakukan temu bual dan penganalisisan
dokumen. Pengkaji menganalisis data cerapan dan dokumen berstruktur menggunakan kod
penerangan. Data temu bual pula ditranskripsikan terlebih dahulu sebelum diberi kod
penerangan. Hasil kajian menunjukkan guru cemerlang yang dikaji telah mengamalkan
kelima-lima prinsip amalan komunikatif dalam perancangan dan pelaksanaan pengajarannya.
Kelima-lima prinsip amalan komunikatif tersebut ialah; (1) bahasa dipelajari dalam konteks
yang bermakna, (2) bahasa yang digunakan merupakan sebuah teks atau wacana yang
merujuk kepada situasi yang sebenar, (3) PdP disesuaikan dengan keperluan dan minat murid,
(4) penggunaan bahasa untuk berkomunikasi memerlukan latihan kemahiran komunikatif dan
(5) guru berperanan sebagai fasilitator, pengurus, pendorong, dan penasihat. Dapatan juga
menunjukkan wujudnya penerapan amalan komunikatif oleh guru cemerlang dalam
pengajaran bahasa Melayu dalam ketiga-tiga instrumen kajian yang digunakan. Kajian ini
memperlihatkan kepada kita betapa pentingnya prinsip komunikatif diterapkan dalam
pengajaran bahasa Melayu. Penerapan amalan komunikatif dalam pengajaran bahasa Melayu
akan membolehkan kita merealisasikan matlamat pendidikan bahasa Negara, iaitu membina
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi dalam kalangan murid. |
---|