Kelangsungan penerbitan majalah berbahasa Melayu di Malaysia-Indonesia: kajian terhadap Massa dan Tempo
Industri penerbitan majalah berbahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia berkembang pesat terutamanya selepas kedua-dua negara mencapai kemerdekaan pada 1957 dan juga 1945. Kemunculan isu-isu berkaitan kepentingan negara dan masyarakat ketika itu telah membangkitkan kesedaran tentang keperluan meng...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8572/1/7997-20838-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/8572/ http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/604 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Industri penerbitan majalah berbahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia berkembang pesat
terutamanya selepas kedua-dua negara mencapai kemerdekaan pada 1957 dan juga 1945.
Kemunculan isu-isu berkaitan kepentingan negara dan masyarakat ketika itu telah
membangkitkan kesedaran tentang keperluan mengadakan bahan bacaan tambahan yang
bersifat analitikal dan mendalam. Maka kemunculan majalah Massa dan Tempo di kedua-dua
buah negara ini amat dinanti-nantikan. Pun begitu, disebabkan cabaran yang muncul
berkaitan ekonomi dan media baharu, industri penerbitan majalah turut sama menerima kesan
tempiasnya. Maka, kertas ini akan membincangkan tentang kelangsungan penerbitan
“majalah ulasan berita” berbahasa Melayu di kedua-dua buah negara iaitu Massa dan juga
Tempo, serta cabaran dan potensi yang berbangkit dalam situasi yang tidak menentu. Kaedah
analisis dokumen digunakan terhadap kedua-dua majalah tersebut bagi mendapatkan data
untuk kajian ini. Hasil kajian menunjukkan faktor utama kelangsungan majalah ini adalah
strategi pemasaran, kekuatan editorial serta penggunaan media baharu dapat membantu
penerbit berhadapan dengan situasi pasaran yang mencabar. Justeru, pihak penerbit perlu
sentiasa memahami keadaan semasa pembaca bagi memastikan mereka dapat bertahan untuk
jangkamasa panjang. |
---|