Analisis perbandingan efikasi pengajaran dan kalangan guru Bahasa Melayu tahun satu

Kajian ini bertujuan untuk melihat perbandingan efikasi pengajaran guru Bahasa Melayu yang mengajar tahun satu sekolah rendah di negeri Sabah. Responden kajian ini melibatkan sebanyak 429 orang guru Bahasa Melayu tahun satu di seluruh negeri Sabah yang dipilih secara rawak bertujuan. Satu set soal s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Khairuddin Abdullah, Halimah Laji
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8592/1/10-17_Khair_et_al.UMS.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8592/
http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat perbandingan efikasi pengajaran guru Bahasa Melayu yang mengajar tahun satu sekolah rendah di negeri Sabah. Responden kajian ini melibatkan sebanyak 429 orang guru Bahasa Melayu tahun satu di seluruh negeri Sabah yang dipilih secara rawak bertujuan. Satu set soal selidik bagi mengukur efikasi pengajaran diadaptasi daripada soal selidik “Teacher Efficacy Scale” (TES) Gibson dan Dembo. Kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi seperti min, kekerapan, sisihan piawai, dan ANOVA Sehala dioperasikan. Dapatan kajian menunjukkan skor min efikasi pengajaran berada pada tahap yang kuat. Analisis ANOVA Sehala pula menunjukkan bahawa (i) tidak terdapat perbezaan yang signifikan efikasi pengajaran guru berdasarkan kelayakan ikhtisas (ii) terdapat perbezaan efikasi pengajaran guru berdasarkan pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu.