Toleransi beragama dan hubungannya dengan amalan pela gandong dalam kalangan Muslim dan Kristian di Ambon

Artikel ini bertujuan untuk membincangkan isu hubungan antara Muslim dan Kristian di Ambon terutamanya menerusi pengamalan budaya pela gandong. Perbincangan turut menyentuh tentang toleransi beragama masyarakat Muslim dan Kristian di Ambon. Kajian ini adalah merupakan kajian lapangan.Instrumen yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mu'alim, Jaffary Awang, Ibrahim Abu Bakar
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8994/1/79-525-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8994/
http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/16/showToc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Artikel ini bertujuan untuk membincangkan isu hubungan antara Muslim dan Kristian di Ambon terutamanya menerusi pengamalan budaya pela gandong. Perbincangan turut menyentuh tentang toleransi beragama masyarakat Muslim dan Kristian di Ambon. Kajian ini adalah merupakan kajian lapangan.Instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan temu bual. Seramai 600 responden Muslim dan Kristian daripada masyarakat awam dan golongan elit dilibatkan dalam kajian ini. Analisis data secara deskriftif dan analisis regresi berganda (multivariate regression analysis) dilakukan dengan perisian SPSS. Dapatan kajian ini mendapati bahawa hubungan antara Muslim dan Kristian di Ambon berada dalam keadaan baik. Hal ini ditunjukkan oleh tahap toleransi beragama di antara kedua-dua penganut agama dalam kalangan masyarakat awam dan golongan elit berada pada tahap yang tinggi. Namun, kajian mendapati golongan elit mempunyai tahap toleransi yang lebih tinggi berbanding masyarakat awam. Selain itu, hasil kajian mendapati bahawa wujudnya hubungan yang signifikan antara kefahaman pela gandong dan tahap toleransi beragama.